awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sheila On 7, DOLLA antara artis ternama warnai Latihan Pestapora Malaysia 2025

Gempak
Gempak
06/06/2025
10:45 MYT
Sheila On 7, DOLLA antara artis ternama warnai Latihan Pestapora Malaysia 2025
Festival turut menampilkan artis popular seperti Nadin Amizah, ALVN, DOLLA, Feel Koplo, Pamungkas, dan Bunkface, menjanjikan pengalaman konsert berskala besar dan penuh nostalgia. -Gempak
KUMPULAN legenda Indonesia, Sheila On 7 secara rasmi diumumkan bakal kembali membuat persembahan di Malaysia menerusi festival muzik, Latihan Pestapora Malaysia 2025 yang akan berlangsung pada 26 Julai 2025.

Ringkasan AI
  • Kumpulan legenda Indonesia, Sheila On 7 akan kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan dalam festival muzik Latihan Pestapora Malaysia 2025 pada 26 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Festival ini turut menampilkan artis popular seperti Nadin Amizah, ALVN, DOLLA, Feel Koplo, Pamungkas, dan Bunkface, menjanjikan pengalaman konsert berskala besar dan penuh nostalgia.
  • Tiket Fasa 2 mula dijual pada 9 Jun 2025 melalui laman web rasmi dengan harga bermula RM189 hingga RM399, termasuk kategori tempat duduk bernombor yang baharu diperkenalkan.

Lebih menarik, Latihan Pestapora Malaysia juga akan berpindah ke lokasi yang lebih mega iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memenuhi permintaan luar biasa peminat serta menyediakan pengalaman konsert berskala besar yang tidak dapat dilupakan.
Bukan sahaja Sheila On 7, festival ini juga turut menampilkan Nadin Amizah dan ALVN, DOLLA, Feel Koplo, Pamungkas, dan Bunkface.
Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group, berkata, “Sheila On 7 bukan sekadar kumpulan muzik – mereka adalah sebahagian daripada kenangan dengan lagu-lagu mereka yang menjadi anthem satu generasi.
"Kepulangan mereka ke Malaysia bukan hanya sebuah persembahan tetapi ia adalah detik yang bersejarah.
"Dengan Stadium Nasional sebagai lokasi baharu, kami bersedia untuk mengukir sejarah festival muzik di Malaysia.”
Kiki Ucup, Pengarah Festival Pestapora & Pengasas Bersama Boss Creator, berkata, “Pestapora adalah sambutan muzik dan komuniti. Membawa semangat ini ke Malaysia adalah langkah yang tepat dan sangat bermakna buat kami.
"Dengan Sheila On 7, Nadin Amizah, dan ALVN sebagai tambahan dalam lineup, kami berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara dalam satu malam yang penuh jiwa, muzik, dan kenangan.”
Tiket Fasa 2 akan mula dijual pada 9 Jun 2025, jam 12 tengah hari (GMT+8) di laman web rasmi www.latihanpestaporamalaysia.com
Peminat boleh mendapatkan tiket dengan harga bermula Rockzone (Free Standing) – RM299, GA (Free Standing) – RM249, CAT 1 (Tempat Duduk Bernombor) – RM399 (Kategori Baharu), CAT 2 (Tempat Duduk Bernombor) – RM189 (Kategori Baharu). -Gempak
Topic Berkaitan
#Latihan Pestapora Malaysia 2025
#sheila on 7
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#Dolla
#konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan