[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Sheila On 7 pukau penonton dengan persembahan magis di konsert

Nursyazwani Saiful Sham 10/02/2018 | 16:36 MYT
Kumpulan Sheila on 7 beraksi ketika Konsert SO7 Live in Kuala Lumpur yang diadakan di StarExpo City, KWC, Kuala Lumpur, 10 Februari 2018. -Astro AWANI/NASH HAMZAH
Band terkenal Indonesia, Sheila On 7, memukau penonton malam ini dengan persembahan magis mereka yang menggegarkan pentas konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur di StarXpo Center, KWC Fashion Mall, di sini.
Lagu "Hari Bersamanya" membuka tirai pentas persembahan kumpulan dari negara sebarang ini sebagai simbolik bertemu dengan peminat mereka di negara ini.
Antara persembahan lain yang turut memukau penonton di dewan malam ini adalah persembahan lagu hit mereka iaitu "Berhenti Berharap" dan "Melompat Lebih Tinggi".
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan itu sahaja, peminat mereka turut ikut serta menyanyi bersama kumpulan ini terutamanya apabila Sheila On 7 mendendangkan lagu rancak seperti "Seberapa Pantas" dan "Pria Kesepian".
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sheila On 7 yang dianggotai Duta, Erros, Adam dan Brian mempersembahkan 15 buah lagu termasuk single terbaharu "Film Favorit".
Peminat SO7 turut ikut serta menyanyi bersama kumpulan ini terutamanya apabila mereka mendendangkan lagu rancak seperti Seberapa Pantas dan Pria Kesepian. Astro AWANI/NASH HAMZAH
Dalam pada itu, Duta bagi pihak Sheila On 7 berterima kasih kepada para peminat mereka yang hadir bukan sahaja dari negara ini malah dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka berharap para peminat di negara ini terus menyokong karier muzik mereka.
#Berhenti Berharap #duta #Hari Bersamanya #konsert #KWC Fashion Mall #Melompat Lebih Tinggi #Pria Kesepian #Seberapa Pantas #sheila on 7 #StarXpo Center