HIBURAN
Sheila Majid 40 Years Anniversary Celebration: 4 dekad cinta dan pesona 'Ratu Jazz' negara
Sheila Majid memukau peminat dengan rangkaian 25 lagu yang pernah mencetuskan fenomena suatu masa dahulu, termasuk Antara Anyer dan Jakarta, Ku Mohon, Lagenda, Nada, Ratu dan Kumohon, ketika konsert pada Sabtu. - Facebook Sheila Majid
KUALA LUMPUR: Malam 'janji temu' yang begitu istimewa dan sarat makna antara penyanyi legenda negara Datuk Sheila Majid dan ribuan peminat setia yang menjadi saksi perjalanannya selama empat dekad dalam seni yang penuh pesona, dedikasi serta cinta mendalam terhadap muzik.
Ringkasan AI
Hampir tiga jam beraksi di pentas konsert solo berskala besar Sheila Majid 40 Years Anniversary Celebration di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lepas, penyanyi yang digelar 'Ratu Jazz' negara ini berjaya mengubat kerinduan peminat yang merindui kehangatan suara serta aura keanggunannya yang tidak pernah pudar.
Kali terakhir Sheila mengadakan konsert berskala besar pada 2023, dan kali ini beliau kembali dengan persembahan lebih megah sebagai penghargaan buat semua yang setia bersama-samanya sejak awal perjalanan seninya.
Tampil memukau dengan gaya elegan yang menjadi identitinya, penyanyi berusia 60 tahun itu menunaikan janjinya untuk menghadiahkan sebuah persembahan istimewa di lokasi lebih besar bersempena dengan 40 tahun beliau dalam industri muzik, sekali gus menghimpunkan peminat yang kini merentas generasi, termasuklah generasi Z.
Disaksikan 9,000 peminat yang memenuhi segenap sudut arena, Sheila membuka tirai persembahan dengan lagu hit ikoniknya yang berusia 37 tahun, Warna dengan busana merah menyala, memanaskan suasana apabila ribuan peminat bersama-sama menyanyikan bait lirik yang telah menjadi sebahagian daripada memori kolektif muzik tempatan.
"Saya ingin berkongsi berita gembira dengan kalian semua, tiket malam ini semua habis terjual. Syukur alhamdulillah, itu saja yang dapat saya katakan. Tidak pernah terfikir yang saya dapat lakukan sesuatu yang saya suka sejak sekian lama... semua ini kerana kalian, peminat saya.
"Terima kasih banyak atas rasa sayang, sokongan, dorongan dan kesetiaan kalian dalam tempoh 40 tahun ini. Kalian sentiasa di sisi saya dan saya amat menghargainya. Malah, ini ulang tahun ke-40 kita, anda semua dan saya...Yeah, so this is our party," kata Shiela yang disambut tepukan gemuruh ribuan penonton.
Malam itu hakikatnya, lebih daripada sekadar persembahan muzik apabila menonjolkan sisi berbeza penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini yang lebih santai, mesra dan penuh interaksi dengan penonton yang turut sama menyusuri empat dekad perjalanan seninya, sarat dengan cinta dan dedikasi.
Bagaikan sebuah keluarga besar merentas peminatnya pelbagai bangsa di bawah minat yang sama, pentas itu juga menjadi medan buat Sheila untuk menyalurkan setiap bait lirik seolah helaian memoir yang hidup, menghubungkan generasi penontonnya dengan perjalanan muziknya yang sentiasa relevan.
Bahkan kehangatan malam itu semakin istimewa dengan kemunculan anaknya, Kayda menerusi lagu Boneka, yang dilihat sebagai penyambung legasi karier pelantun lagu Sinaran ini, selain Sheila pada masa sama, turut mewarnai pentas dengan jenakanya.
"Sebelum saya teruskan dengan persembahan, ada mereka yang saya ingin raikan dan berterima kasih... malam ini, keluarga saya ada bersama-sama kita di stadium. Kalian tahu saya berasal dari KL (Kuala Lumpur), jadi, setiap kali saya buat persembahan di KL, separuh daripada penonton di stadium ialah ahli keluarga saya.
"Saya juga ada kawan-kawan baik yang hadir memberi sokongan kepada saya. Terima kasih banyak semuanya. Mereka telah menyokong saya sejak 40 tahun lalu, dan saya nampak mereka pun ada malam ini, cuma rambut masing-masing kian beruban. Jangan marah," katanya yang disambut gelak tawa peminat.
Sepanjang dua jam lebih persembahan, setiap bait dan nada yang dilantunkan Sheila terasa hidup, membawa penonton menyusuri setiap era kariernya, dari hit klasik sehingga ke karya moden tanpa kehilangan jiwa muzik asalnya.
Memukau peminatnya dengan rangkaian 25 lagu yang pernah mencetuskan fenomena suatu masa dahulu, antaranya Antara Anyer dan Jakarta, Ku Mohon, Lagenda, Nada, Ratu, Kumohon, Moving On dan Persis Kekasihku, Sheila juga mengumumkan bakal mementaskan konsertnya di Singapura tahun depan.
Jelas, isteri kepada pengarah muzik Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis ini membuktikan aura dan taringnya dalam seni muzik negara masih lagi "tajam" meskipun usianya kini melewati 60 tahun.
Secara keseluruhannya, Sheila Majid 40 Years Anniversary Celebration bukanlah sekadar konsert ulang tahun, akan tetapi satu perayaan kasih antara Sheila dan peminatnya selama 40 tahun, yakni cinta yang tidak pernah pudar, sebaliknya terus menyala dengan aura legenda yang abadi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sheila Majid meraikan 40 tahun dalam industri muzik dengan konsert solo berskala besar di Axiata Arena, Bukit Jalil, yang menyaksikan penyanyi berusia 60 tahun itu memukau 9,000 peminat dengan persembahan megah yang memanaskan suasana.
- Konsert tersebut bukan hanya persembahan muzik, tetapi juga menonjolkan sisi santai, mesra, dan penuh interaksi Sheila dengan penonton, menghubungkan generasi peminat dari berbagai bangsa dengan perjalanan seninya yang relevan selama empat dekad.
- Malam yang istimewa turut menyaksikan kemunculan anak Sheila, Kayda, menandakan penyambung legasi keluarga dalam industri muzik, sementara Sheila meneruskan aura dan taringnya dalam seni muzik negara, membuktikan keabadian legenda tersebut.