Sheila Majid terima kejutan daripada suami ketika di lapangan terbang

Gempak
Julai 14, 2018 04:47 MYT
Menerusi salah satu foto yang dimuat naik, Sheila dan Acis bergambar di lokasi bersejarah bangunan Alhambra. Foto IG @hashridz
SUAMI kepada penyanyi popular, Datuk Sheila Majid membuat kejutan buat isterinya itu ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kejutan itu berlaku apabila Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis memberitahu isterinya destinasi percutian yang dipilihnya untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.
"Saya memberitahu isteri saya akan membawanya ke suatu tempat untuk beberapa malam dan beliau hanya tahu destinasi tersebut ketika kami mahu berlepas," katanya.
Acis berkongsi rancangan kejutan itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.
Rupanya komposer terkenal itu membuat kejutan dengan membawa isterinya itu ke destinasi percutian popular di Granada, Andalusia, Sepanyol.
Menerusi salah satu foto yang dimuat naik, pasangan ini bergambar di lokasi bersejarah bangunan Alhambra.
Perkongsian status Acis itu juga menarik perhatian peminat kedua selebriti itu di media sosial.
Netizen turut mengucapkan tahniah dan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat pasangan sejoli itu dan juga menganggap kejutan yang dilakukan Acis begitu romantik.
#Acis #Alhambra #andalusia #Hashridz Murshim Hassim #Instagram #KLIA #sheila majid #Ulang Tahun Perkahwinan