HIBURAN
Shila Amzah muncul dengan single baharu ‘Pernah Punya Aku’
Shila Amzah kembali dengan single terbaharu berjudul Pernah Punya Aku, yang ditulis dan digubah sendiri dalam tempoh dua hari ketika berpantang. -Gempak
PENYANYI Shila Amzah kembali dengan single terbaharu berjudul Pernah Punya Aku.
Ringkasan AI
Dicipta dua hari ketika tempoh berpantang
Lagu tersebut merupakan sebuah karya peribadi yang ditulis dan digubah sepenuhnya oleh Shila sendiri dan menandakan fasa kematangan Shila selepas 25 tahun bergelar anak seni.
Pernah Punya Aku adalah buah tangan terbaharu Shila selepas berehat panjang daripada berkarya dan hadir dengan penuh emosi serta kejujuran.
Mengimbau proses penulisannya, Shila menjelaskan bahawa lagu ini tercipta dalam tempoh hanya dua hari ketika masih dalam tempoh berpantang.
“Ketika itu, emosi saya tidak stabil. Suami saya menyarankan agar saya cuba luahkan apa yang saya rasa melalui lagu.
“Dari situlah lahirnya Pernah Punya Aku. Ia bukan sekadar luahan tetapi juga proses penyembuhan buat diri saya,” jelasnya.
Proses rakaman 40 minit sahaja
Lagu ini dirakamkan dalam suasana yang sangat positif dan efisien dengan Genervie Kam bertindak selaku penerbit dan penggubah muzik.
Genervie yang juga merupakan pengarah muzik wanita yang cukup disegani di Malaysia memberikan sokongan penuh kepada Shila sepanjang proses rakaman yang hanya mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja untuk disiapkan.
“Saya rasa sangat selesa bekerja dengan Genervie. Beliau memahami saya sebagai seorang artis dan wanita. Proses rakaman sangat lancar dan berkesan,” ulasnya.
Menurut Shila, meskipun lagu ini menyentuh tema kekecewaan dan kesedihan dalam sebuah hubungan, namun tetap menyuntik unsur harapan dan kekuatan agar ia mampu menjadi ruang pemulihan buat para pendengar.
“Walaupun lagu ini sedih, saya mahu pendengar tahu bahawa di balik setiap kepedihan ada jalan keluar.
“Lagu ini adalah refleksi perasaan ramai wanita yang pernah ditinggalkan atau dikhianati tetapi dalam masa yang sama saya selitkan kata-kata semangat supaya mereka tahu mereka tidak bersendirian,” jelasnya.
Berkaitan rapat dengan mesej dalam lagu ini, Shila memilih untuk memperdengarkan lagu tersebut terlebih dahulu kepada ibunya.
“Lagu ini saya tujukan kepada seorang wanita yang dicurangi dan ditinggalkan. Saya mahu ibu saya mendengarnya dahulu kerana dia lebih dekat dengan sudut pandang itu.
Kredibiliti Shila Amzah sebagai seorang komposer terus diiktiraf apabila dia dipilih menjadi salah seorang komposer sebaris Ajai, Ikhwan Fatanna dan Audi Mok dalam program realiti nyanyian digital terbaharu, Raise The Star Malaysia yang kini bersiaran di Astro Ria.
Single Pernah Punya Aku terbitan Nova Music boleh mula distrim di semua pelantar penstriman muzik mulai 29 Jun 2025.
-Gempak
Ringkasan AI
- Shila Amzah kembali dengan single terbaharu berjudul Pernah Punya Aku, yang ditulis dan digubah sendiri dalam tempoh dua hari ketika berpantang.
- Lagu ini dirakam dalam masa 40 minit dengan sokongan penuh Genervie Kam, menyentuh tema kekecewaan dan kesedihan namun diselitkan unsur harapan dan kekuatan.
- Single ini boleh distrim mulai 29 Jun 2025 dan menandakan kematangan Shila sebagai artis serta komposer, turut diiktiraf dalam program Raise The Star Malaysia.