PELAWAK Shuib mendedahkan anak-anaknya ada menyuarakan hasrat untuk memiliki wanita yang boleh menjadi pendamping serta yang boleh menyayangi mereka seperti seorang ibu.
Menurut Shuib, keempat-empat anaknya dilihat secara zahir memerlukan seseorang yang dekat dengan mereka selepas lebih setahun kehilangan ibu mereka, Siti Sarah Raisuddin.
"Mereka ada masa rindu dan menangis mengenangkan ibu mereka.
"Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baharu dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlaku tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang.
"Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada 'aunty' yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka," katanya kepada Astro Gempak.
Shuib ditemui Gempak ketika menghadiri program MeleTop yang dalam masa sama mempromosikan program terbaharu yang menonjolnya sebagai hos untuk Oppocot Next Level malam tadi.
Justeru, kata Shuib, dia kini seperti seolah-olah sudah mula membuka hatinya untuk mencari seseorang yang boleh menjadi ibu kepada anak-anaknya.
"Sejak menjadi' ibu' dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda... kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.
"Tapi kini bila masa dah berjalan... saya nampak mungkin dah ada ke arah itu. Cuma saya belum bersedia untuk berkongsi kepada semua buat masa ini.
"Perasaan tu tak boleh dipaksa suka dan sayang itu datang secara natural bila masa Allah bukakan hati itu kita tak dapat hendak mengawalnya," ujarnya.
Apabila ditanya apakah ciri-ciri yang dilihat kepada wanita yang boleh menjadi isterinya kelak, Shuib memberitahu apa yang penting adalah kebahagiaan anak-anak.
"Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.
"Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya.
"Ciri-ciri untuk saya tak berapa penting kerana bila dah ada anak keutamaan pada mereka yang sedang membesar.
"Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi.
"Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup semati dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti," harapnya.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.
Allahyarhamah melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selama-lamanya.
Tiga lagi anak mereka ialah Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Wed Oct 26 2022
Shuib mendedahkan anak-anaknya ada menyuarakan hasrat untuk memiliki wanita yang boleh menjadi pendamping serta yang boleh menyayangi mereka seperti seorang ibu. - Gambar GEMPAK
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Shuib imbau kenangan ke bazar Ramadan kegemaran arwah Siti Sarah
Shuib berkongsi rutinnya dahulu adalah berkunjung di bazar bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Isu KWSP pekerja Bubblebee selesai - Shuib
Isu tunggakan caruman KWSP membabitkan Bubblebee Sdn Bhd dan pekerjanya dianggap selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
Tinggalkan radio bukan tanda terus senyap dalam industri seni - Shuib
Shuib mengakui kecintaannya terhadap dunia hiburan masih lagi menebal.
Shuib mohon maaf, jumpa KWSP lunas tunggakan caruman pekerja secara ansuran
Shuib mengakui berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kaki tangan syarikat syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee.
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
'Akhirnya terubat juga rindu Shuib pada arwah Siti Sarah' - Netizen
Pandangan dan renungan Shuib dengan mata yang redup itu membuatkan netizen tidak dapat menahan sebak.
Shuib dedah bisnes kafe raih RM150 juta dalam 3 tahun, nafi penglibatan Freemason
Tambah Shuib, hasil sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak, bisnes kafenya itu berjaya memperoleh keuntungan yang memberangsangkan selama tiga tahun ini.
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.