PELAWAK, pelakon dan pengacara, Shuib (Sepahtu) mengakui perasaannya untuk kembali ke Tanah Suci Makkah meluap-luap selepas kembali dari menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Mei lalu.
Menurut Shuib, sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah, dia dan Siti Sarah Raisuddin ada merancang untuk membuat umrah sekali lagi dan cuba untuk mengerjakan ibadah umrah dua kali setahun.
"Saya pernah cakap dengan Sarah, kalau ada rezeki saya nak tunai umrah dua kali setahun.
"Jadi selepas mengerjakan umrah kali pertama bersama Mei lalu, kami 'ketagih' untuk kembali.
"Alhamdulillah ada rezeki kami kali ini dan kami akan berada di sana lebih kurang 14 hari. Apa yang kami harapkan urusan kami dipermudahkan," katanya yang akan menunaikan ibadah umrah buat kali kedua tahun ini bermula 14 November ini.
Tambah Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 34, apa yang lebih istimewa, kali ini dia bukan hanya pergi untuk mengerjakan ibadah, tetapi juga menawarkan diri untuk menjadi pembantu mutawwif.
"Kawan saya merupakan seorang mutawwif dan saya tanya padanya, bagaimana perasaan menjadi seorang mutawwif. Bila dia cerita, saya terus tertarik dan menawarkan diri untuk menjadi pembantu.
"Selain menunaikan umrah, dapat juga saya menimba pengalaman baharu dan mana tahu satu hari nanti, saya akan menjadi mutawwif untuk kumpulan jemaah saya sama-sama menunaikan umrah suatu hari nanti," jelasnya.
Shuib berkata, dia juga berharap dapat mengerjakan ibadah Haji, pada tahun hadapan dan turut merancang membawa ketiga-tiga anaknya mengerjakan ibadah umrah.
"Ariq baru nak menginjak ke usia tiga tahun dan pada usia ini dia sedang lasak. Jadi saya bimbang sekiranya bawa dia sekarang menunaikan ibadah umrah bersama, dia akan hilang.
"Tunggulah tahun depan, InsyaALLAH, memang ada perancangan nak bawa ketiga-tiga anak saya bersama," jelasnya.
Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Sinar Harian
Mon Nov 12 2018
Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin. - Foto Instagram @shuibsepahtu
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.