Siapa yang bakal membarisi filem baru James Bond?

Asyraf Roslan
April 25, 2019 03:19 MYT
Siapakah diantara mereka yang bakal membintangi filem James Bond yang baharu.
JIKA dahulu, pelbagai tanda tanya muncul di fikiran siapa yang bakal membarisi filem James Bond.
Sebelum ini ramai yang merasakan anak kelahiran Sarawak, Henry Golding bakal memegang watak perisik handal itu kerana namanya antara yang disebut-sebut oleh pihak produksi.
Persoalan itu bakal dijawab kerana barisan pelakon bagi siri filem James Bond akan diumumkan pada Khamis.
Bukan sahaja mengumumkan barisan pelakon malah pihak produksi juga akan mengumumkan plot filem tersebut.
BACA : Henry Golding bintangi James Bond?
BACA : 'James Bond Iban' ganti Daniel Craig?
Majlis pengumuman tersebut dijangka akan diadakan di lokasi ikonik James Bond dan akan disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial.
Selain Henry Golding, antara nama yang disebut-sebut bakal sertai barisan pelakon untuk siri kali ini adalah Rami Malek dan Christop Waltz.
Daniel Craig juga bakal muncul kembali bagi siri kali ini yang dijangka akan ditanyangkan pada April 2020.

Coming tomorrow at 13:10 BST/05:10 PST, the #BOND25 Live Reveal from an iconic 007 location. Ask the cast a question using #BOND25 pic.twitter.com/OwfjrRYZQd

— James Bond (@007) April 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Christop Waltz #Daniel Craig #filem #Henry Golding #hiburan #james bond #Rami Malek