Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
HIBURAN

Sibuk promosi filem, Ariana Grande dijangkiti COVID-19

Gempak 23/11/2025 | 06:15 MYT
Ariana Grande dedah dia dijangkiti COVID-19 semasa promosi filem Wicked: For Good. - Gambar/ Gempak
BINTANG Hollywood, Ariana Grande mendedahkan dijangkiti COVID-19 ketika menjalani siri promosi filem terbaharu lakonannya, Wicked: For Good, lapor The Hollywood Reporter.

Perkara itu dikongsikan Grande menerusi Instagram Story dengan kapsyen “momen sebelum COVID” bersama foto ketika tampil di program Tonight Show With Jimmy Fallon.

Grande yang memegang watak ahli sihir baik, Glinda, bersama barisan pelakon termasuk Cynthia Erivo, baru sahaja selesai jelajah promosi global filem berkenaan.

Susulan jangkitan tersebut, beberapa sesi promosi termasuk temu bual terpaksa dijadual semula bagi memastikan kesihatan Grande terpelihara.

Sebelum dijangkiti, siri promosi filem itu sempat mencuri perhatian apabila Grande ‘diterkam’ peminat ketika berjalan di permadani kuning di Universal Studios Singapore (USS).

Terdahulu, Grande dan Erivo pernah dijangkiti COVID-19 ketika penggambaran Wicked pertama.

Erivo disahkan positif beberapa hari sebelum penggambaran adegan ikonik Defying Gravity, manakala Grande dijangkiti sebelum penggambaran adegan Popular. - Gempak





#Ariana Grande #COVID-19 #Wicked For Good #Filem baharu