Konsert Penentuan #AF2015 sudah pun berakhir dengan menyaksikan seramai 12 orang pelajar telah dipilih oleh pengetua, Edry Abdul Halim.

Enam pelajar lelaki yang terpilih ialah Openg (Anthonasius Jadil, 23, Sabah), Faroq (Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka), Sufi (Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura), Sharul (Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan), Iqwan (Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak) dan Syamel (Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur).

Manakala enam pelajar wanita pula ialah Ifa (Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah), Lisa (Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak), Rachel (Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang),Bila (Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur), Ziqa (Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor) dan Aziah (Aziah Awang, 21, Sabah).

Kesemua pelajar yang dipilih telah dinilai dengan adil oleh pengetua dan tenaga pengajar.

Namun sepanjang konsert penentuan itu berlangsung pelbagai aksi dan gelagat menarik peserta dan juga tenaga pengajar dapat disaksikan oleh penonton yang berada di dalam Auditorium MBSA tersebut.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi beberapa foto menarik sekitar Konsert Penentuan yang berlangsung pada Ahad lalu bertempat di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Jadi jangan lupa saksikan Konsert Mingguan #AF2015 yang bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Manakala Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam

#AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sementara itu, apa kata saksikan foto-foto menarik di bawah: