Sisi molek kita dalam 'Ali AhKao dan Muthu'

Syafique Shuib
Ogos 3, 2017 02:27 MYT
'Ali AhKao dan Muthu' menampilkan Namewee, Aniq dari program Ceria Popstar 2016 dan anggota Alleycats, Datuk David Arumugam. -Gambar: YouTube/Namewee
LAGU terbaharu Namewee yang diterbitkan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 kini mendapat sambutan hangat netizen.
Lagu berjudul ‘Ali AhKao dan Muthu’ yang dimuat naik pada Sabtu kini trending pada nombor dua di saluran YouTube dengan jumlah tontonan lebih dari 800,000 setakat ini.
Lagi itu berkisahkan tiga sahabat iaitu Ali, AhKao dan Muthu dan perjalanan mereka sejak dari bayi, ke alam persekolahan hingga dewasa.
“Saya rasa ketiga-tiga nama ini adalah memori bersama kita semua. Ia juga dalah watak yang sering digunakan dalam buku teks di Malaysia.
“Sejak kecil lagi kita diterapkan bahawa Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum,” kata Namewee dalam satu video berasingan yang berkongsikan pembikinan klip video berkenaan.
Selain Namewee, lagu ini turut menampilkan Aniq dari rancangan Ceria Popstar 2016 dan ahli Alleycats, Datuk David Arumugam.
Namewee turut bertindak sebagai komposer dan penulis lirik lagu berkenaan.
“[Penyanyi] selain dari kaum yang berbeza, ada juga perbezaan umur (tiga generasi berbeza),” kata Namewee.
Ternyata jalan cerita yang kelakar dan lirik lagu ini dekat dengan hati pendengar, dan mendapat reaksi positif.
“Sepatutnya lagu ini jadi lagu tema Merdeka tahun ini,” kata Rizal Abdishak.
Tambah Elmi Edika di YouTube: “Namewee, lagu ini memang sedap. Tahun ini rasa mahu sambut Merdeka.”

finally Namewee has done a really good thing that I like. the merdeka theme song is really a good one

— Is (@leamssi_) August 2, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

lagu Ali AhKao Dan Muthu comel gila best!

— mira (@amirahdhia_) August 2, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

contohi lah ali, ahkao dan muthu walaupun spm hancur tetap bersama..

— Affizi_rahmat (@piejotish) August 2, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Alleycats #Ceria Popstar 2016 #David Arumugam #hari kemerdekaan #Namewee