HIBURAN

Sissy Imann dan Dr Zamir selamat bernikah, 11 tahun beza usia bukan ukuran

Gempak 12/12/2025 | 04:15 MYT
Penyanyi, Sissy Imann selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati Dr Zamir Hilman Hamzah.
PENYANYI Sissy Imann, 30, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Dr Zamir Hilman Hamzah, 41, pada jam 9 pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Pertunangan Sissy dan acara hantaran diwarnai tiga dulang daripada pihak lelaki dan tiga cincin berlian, sementara Sissy menerima gelang emas RM6,840 sebagai mas kahwin.
  • Pertukaran hantaran dilakukan dengan pihak lelaki membalas tiga dulang Sissy dengan lima dulang, termasuk hadiah nombor plat kereta khas 'SIS5795' yang mencerminkan nama dan tahun kelahirannya.
  • Pasangan itu turut menerima hadiah bulan madu ke Rom, Itali, namun jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.


Majlis dimulakan dengan acara pertunangan yang menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas dengan tiga dulang daripada pihak perempuan.

Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan.

Dalam suasana penuh khusyuk dan mengharukan, Sissy telah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Encik Mohammad Kamil Mustaffa, disaksikan ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat pasangan mempelai.


Sebagai mas kahwin, Sissy menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840.

Pertukaran hantaran turut disempurnakan mengikut adat, dengan tiga dulang daripada pihak Sissy dibalas lima dulang daripada pihak lelaki.

Sissy telah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Encik Mohammad Kamil Mustaffa, disaksikan ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat pasangan mempelai.
  - Foto Gempak


Antara hantaran yang paling mencuri perhatian ialah nombor plat khas kereta SIS5795’, gabungan simbolik nama Sissy serta tahun kelahirannya, 1995.

Jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor plat tersebut masih dirahsiakan.

Turut menjadi tumpuan ialah hadiah percutian bulan madu ke Rom, Itali, sebagai simbol permulaan perjalanan bahagia mereka.

Jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Sebelum ini, timbul dakwaan hati Sissy sudah dimiliki seseorang selepas dia memuat naik hantaran menunjukkan dia memakai cincin, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat. -- Gempak












#Sissy Imann #bernikah #pertunangan #Dr Zamir