ENTERTAINMENT
Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid, bersama bayi sulung mereka, Siti Aafiyah pada majlis malam ini. Astro AWANI
Siti Aafiyah Khalid.
Itulah nama cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Dalam ucapannya, Siti memaklumkan, perkataan 'Aafiyah' di dalam Bahasa Arab bermaksud "segala yang baik-baik."

Majlis pengumuman diadakan sempena tujuh hari usia bayi yang mula dipanggil dengan nama Fatimah Az-Zahra itu di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, malam ini.
Pengumuman nama bayi sulung itu disempurnakan oleh Khalid dan Siti sendiri.
Pada majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyampaikan tazkirah sejurus selepas upacara Marhaban, Tahnik dan cukur jambul selamat disempurnakan.
#akikah
#anak
#babyctdk
#bayi
#khalid mohd jiwa
#Siti Aafiyah
#Siti Nurhaliza
#tahnik
#tazkirah
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri