awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nordiana beri 'Amaran' kepada Bunga Isme

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
26/11/2021
10:30 MYT
Siti Nordiana beri 'Amaran' kepada Bunga Isme
Bertanyakan bagaimana kerjasama bersama Juara program nyanyi Gegar Vaganza musim ke-2 itu, Bunga dengan senang hati mengatakan bahawa dia sangat selesa dan bersyukur. - Warner Music
KUALA LUMPUR: Bunga Isme bukanlah nama baharu dalam industri seni tanah air, lebih-lebih lagi dalam kalangan penyanyi dan peminat muzik genre rap.
Pengalaman berkolaborasi bersama nama-nama besar seperti Joe Flizow, Aisyah Aziz, Aziz Harun dan Noraniza Idris menerusi lagu Intan Payung turut membuatkan Bunga Isme semakin dikenali ramai.
Menurut pelantun lagu 300 Saat itu, dia tidak menyangka masih berpeluang menjalinkan kerjasama dengan nama-nama besar dan yang terbaharu bersama Siti Nordiana menerusi lagu Amaran.
Tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku dalam hidupnya, Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari mengakui dia sangat teruja lebih-lebih lagi apabila penyanyi yang popular dengan lagu Hatiku Milikku itu sendiri yang membuka tawaran kerjasama itu kepadanya.
“Kalau sebelum ini, banyak lagu Bunga, saya sendiri atau pihak produksi yang akan tanya kepada penyanyi tersebut untuk berduet bersama.
“Tetapi kali ini pihak Kak Nana pula yang tampil dan tawarkan kepada Bunga, mestilah Bunga tidak menolak lebih-lebih lagi Bunga membesar dengan lagu Kak Nana.
“Sudah tentulah rasa teruja itu ada, Bunga tak sangka ada juga penyanyi hebat nak berkolaborasi bersama saya,” seloroh Bunga semasa ditemui Astro AWANI.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)
Bertanyakan bagaimana kerjasama bersama juara program nyanyi Gegar Vaganza musim ke-2 itu, penyanyi muda ini dengan senang hati mengatakan bahawa dia sangat selesa dan bersyukur.
“Bunga sangat senang bekerja dengan Kak Nana kerana dia banyak membantu saya dan pada masa sama banyak memberi idea baharu untuk lagu tersebut.
“Semasa rakaman pun semua berjalan dengan lancar dan proses rakaman dibuat tanpa mengambil banyak masa,” tambahnya.
Mengulas lanjut mengenai lagu Amaran, Bunga akui ia sedikit berbeza berbanding lagu Intan Payung namun auranya masih mengekalkan elemen klasik.
“Tetapi ia tidak serupa seperti lagu yang pernah Bunga nyanyi bersama Noraniza Idris,” katanya yang baharu menginjak usia 21 tahun.
Lagu Amaran yang dicipta oleh Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat kini boleh mula distrim menerusi semua platform media sosial.
Topic Berkaitan
#Bunga Isme
#Siti Nordiana
#amaran
#Lagu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan