[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Siti Nurhaliza dapat 'standing ovation' nyanyi lagu Tamil di konsert AR Rahman

Gempak 29/01/2023 | 04:28 MYT
Siti Nurhaliza menerima tepukan gemuruh dan diberi standing ovation selepas persembahannya menyampaikan lagu klasik Tamil "Munbe Vaa" pada konsert AR Rahman, Sabtu. -Gempak
TERPEGUN, sebak, bangga!
Itulah antara yang dirasakan oleh rakyat Malaysia selepas melihat persembahan puspita hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu klasik Tamil berjudul "Munbe Vaa".
Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah lagu itu dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza pada pada konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung pada Sabtu.
Kemerduan alunan suara Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin telah memukau 60,000 penonton yang berada di stadium sehingga diberikan standing ovation sebagai tanda hormat.
Bukan itu sahaja, nama Siti Nurhaliza juga menjadi trending sehingga kini di laman sosial Twitter.
Rata-rata masih tidak boleh melupakan malam penuh bermakna itu selain membicarakan tentang kehebatan Siti Nurhaliza sewaktu menyampaikan lagu ciptaan AR Rahman itu.
Antara komen yang diterima:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 mendapat sokongan hebat daripada 14 negara termasuk Malaysia, India, Singapora, Dubai, Vietnam, Indonesia, United Kingdom, Thailand, Australia, Sri Lanka, Saudi Arabia dan beberapa negara lain lagi. -Gempak
#Siti Nurhaliza #konsert AR Rahman #Stadium Nasional Bukit Jalil #lagu Tamil Munbe Vaa