HIBURAN
Siti Nurhaliza imbau detik sukar sebelum jadi isteri
Mengimbas kembali hampir dua dekad perkahwinannya, Siti Nurhaliza mengakui rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa menjaga, memahami dan berkongsi niat yang sama dalam membina rumah tangga.
BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengimbau kembali detik sukar dalam hidupnya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Jelas Siti Nurhaliza, pada ketika itu dia berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat serta peminat yang menyokong dan ada juga menentang keputusannya untuk berkahwin.
“Saya tak panggil titik terendah, tapi itu adalah saat saya reda. Apa nak berlaku, berlakulah. Masa tu fasa sebelum jadi isteri. Saya maklum Datuk K pernah berkeluarga, jadi bila saya memilih untuk berkahwin dengannya memang peminat pun terbahagi dua.
“Ada yang setuju, ada yang tidak. Saya kata pada diri, okey saya reda kalau kerjaya saya mula menjunam sekalipun, itu semua ketentuan Allah,” katanya menerusi temu bual di video TikTok Nona.
Dalam pada itu, pelantun lagu Biarlah Rahsia mengakui, keputusannya untuk berkahwin bukanlah perkara mudah kerana ia melibatkan masa depan hidup dan kerjaya seni yang dibinanya selama bertahun.
Namun, keyakinan kepada jodoh dan ketentuan Allah menjadi pegangan utama.
“Itulah jodoh yang Allah tetapkan. Saya membina masjid dan apa pun cabaran serta dugaan ketika itu, saya hanya serah pada Allah.
“Rezeki, jodoh, maut semua di tangan Allah. Saya hanya berdoa semoga ditentukan yang terbaik untuk saya,” jelasnya.
Mengimbas kembali hampir dua dekad perkahwinannya, Siti Nurhaliza mengakui rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa menjaga, memahami dan berkongsi niat yang sama dalam membina rumah tangga.
“Alhamdulillah, perkahwinan kami pun dah hampir 20 tahun. Yang penting pasangan kita menjaga dengan baik, nawaitu sama. Insya-Allah, perkahwinan itu hanya Allah yang menentukan. Harapan saya, biarlah berakhir sampai ke jannah,” ujarnya. - Gempak