Siti Nurhaliza jangka bersalin anak kedua awal Ramadan

Bernama
April 7, 2021 10:15 MYT
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada majlis pelancaran Produk Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 Tahun dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia di Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal melahirkan anak keduanya pada awal Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi.
Beliau bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa memberitahu perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Produk Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 Tahun dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.
"Alhamdulillah, dijangka pada awal Ramadan ini, Insya-Allah saya akan bersalin.
"Doakan semoga semua proses bersalin saya berjalan lancar. Perasaan semua wanita yang nak melahirkan hanya Allah sahaja yang tahu," katanya.
Pelantun lagu "Percayalah" itu bernikah pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah, 3, pada 19 Mac 2018. - Bernama
#Siti Nurhaliza #anak kedua #Ramadan #khalid mohd jiwa #Siti Aafiyah