HIBURAN
Siti Nurhaliza terkejut terima pengiktirafan Legenda Muzik Asia Tenggara
Siti Nurhaliza diiktiraf sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara oleh SeaAsia Stats selepas meraih lebih 300 anugerah sepanjang lebih dua dekad dalam industri muzik. -Foto Gempak
BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa terharu dan terkejut apabila namanya direkodkan oleh SeaAsia Stats sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara selepas meraih lebih 300 anugerah sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.
Ringkasan AI
Menurut Siti, 46, pengiktirafan itu sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya kerana segala usaha dilakukan selama ini hanya atas dasar cinta mendalam terhadap bidang muzik.
“Alhamdulillah, terima kasih… saya pun tak fikir pasal ini kerana sibuk dengan aktiviti dan kerja. Kalau ada pihak yang menghargai, saya bersyukur.
“Saya bekerja atas sebab cinta dan minat terhadap muzik, bukan semata-mata untuk mengejar anugerah,” katanya.
Tambah penyanyi Bukan Cinta Biasa itu, status legenda yang diberikan tidak akan sesekali membebankan dirinya, sebaliknya dianggap sebagai satu suntikan semangat untuk terus berkarya dan mengekalkan kualiti terbaik dalam setiap persembahan.
“Status legenda itu satu penghargaan besar, tetapi saya tidak mahu ia membuatkan saya tertekan.
"Apa yang penting saya teruskan kerja dengan baik kerana bagi saya ini sudah seperti menjadi tugas untuk membahagiakan orang.
“Saya sudah dalam fasa memberi semula kepada masyarakat dalam apa juga yang saya lakukan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Siti turut menitipkan pesanan buat penyanyi generasi baharu agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha meningkatkan diri.
“Pertama, jangan mudah mengalah atau takut mencabar diri sendiri. Kalau nak konsisten dalam industri, kita perlu mencuba macam-macam perkara dan banyak bersabar.
“Kena selalu cari idea yang bagus serta kreatif dan paling penting, kita perlu baik serta menghargai semua orang yang membantu dalam kerjaya kita,” ujarnya.
Sekadar info, Siti sebelum ini diiktiraf sebagai artis Malaysia paling banyak menerima anugerah sehingga direkodkan dalam Malaysia Book of Records pada 2001.
Malah, beliau juga berada di tangga ke-27 daripada 100 penghibur terkemuka dunia yang meraih anugerah paling banyak.
Selain itu, Siti turut menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) dan masih aktif menghasilkan karya baharu termasuk kolaborasi dengan artis tempatan serta antarabangsa.
Kehebatan Siti sekali gus meletakkan namanya sebaris dengan legenda muzik serantau lain seperti Iwan Fals (Indonesia), Regine Velasquez (Filipina), Stefanie Sun (Singapura) dan Bird Thongchai (Thailand).
Siti ditemui di Stars On Court, kejohanan Pickleball Paddle For Hope anjuran Yayasan Nurjiwa di Grand Pickleball Arena, Subang Jaya, petang tadi.
Turut hadir, rakan selebriti antaranya Che Puan Sarimah Ibrahim, Ernie Zakri, Syamel, Sherry Alhadad, Dayah Bakar, Atu Zero, Sharif Zero, Ali Reza, Tracie Sinidol, Farisha Iris, Anas Ridzuan dan Zahid. -Gempak
Ringkasan AI
- Datuk Seri Siti Nurhaliza diiktiraf sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara oleh SeaAsia Stats selepas meraih lebih 300 anugerah sepanjang lebih dua dekad dalam industri muzik.
- Beliau menzahirkan rasa terharu dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai suntikan semangat untuk terus berkarya, bukan satu tekanan, sambil menekankan pentingnya memberi semula kepada masyarakat.
- Siti turut berpesan kepada penyanyi baharu agar tidak mudah berputus asa, sentiasa kreatif, dan menghargai semua pihak yang menyokong perjalanan seni mereka.