awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SM Salim, ayahanda yang banyak beri nasihat dan contoh baik - Siti Nurhaliza

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
29/12/2016
10:23 MYT
SM Salim, ayahanda yang banyak beri nasihat dan contoh baik - Siti Nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza menyifatkan Allahyarham Tan Sri SM Salim seperti ayahandanya sendiri yang banyak beri nasihat dan contoh baik.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menyifatkan pemergian seniman Tan Sri SM Salim sebagai satu kehilangan tokoh seni serba boleh kepada industri muzik Malaysia.
"Beliau seperti ayahanda yang banyak memberi nasihat dan contoh yang baik serta ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda seperti saya dan rakan-rakan artis yang lain," jelas Siti yang pernah berduet dengan Allahyarham menerusi lagu popular Pandang-Pandang Jeling-Jeling.
"Pengalaman berduet bersama beliau seperti lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling serta Bergending Dang Gong merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana beliau memang seorang yang banyak memberi nasihat walaupun terselit lawak jenaka di dalam persembahan, malah di luar pentas juga beliau seorang yang sangat rajin memberi didikan yang baik untuk dicontohi," tambah Siti.
Siti turut bersedih dan mendoakan agar beliau tergolong di kalangan orang yang beriman.
"Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau dan saya mohon maaf kerana tidak dapat menziarah kerana ketika ini saya berada di Jakarta, Indonesia." akhiri Siti dalam satu kenyataan ringkas kepada media.
Seniman Tan Sri S.M Salim meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada 5.44 petang.
SM Salim atau nama sebenar, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1950an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik.
Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Siti Nurhaliza
#SM Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan