HIBURAN
Sooka catat Malaysia Book of Records menerusi ‘Gilerrr Streaming Challenge’
Sooka raih pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan penyertaan terbanyak dalam cabaran penstriman multitasking. - sooka
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan penstriman terkemuka negara, sooka, mencipta sejarah apabila meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records apabila acara sooka Gilerrr Streaming Challenge mencapai kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking.
Ringkasan AI
Menerusi kenyataan, sooka memaklumkan acara yang menghimpunkan 273 peserta itu turut menjadi platform pelancaran sooka Shorts, tawaran mikrodrama baharu yang bakal menemui penonton bermula Disember ini.
Sooka menjelaskan penyertaan berskala besar ini mencerminkan semangat rakyat Malaysia yang penuh tenaga terhadap hiburan dan sukan. Ia juga menandakan penganjuran terbesar pertama oleh sooka, sekali gus menunjukkan kedekatan platform itu dengan penonton tempatan.
Acara tersebut turut menonjolkan bagaimana penstriman kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan obsesi hiburan ramai pengguna.
Program berkenaan juga disertai finalis Dewi Remaja, peserta Jaguh Rakan Muda, 12 finalis Astro Star Quest, barisan pelakon Astro Originals serta artis seperti Uriah See, ALPHA, Qasrina Karim, Mierul Aiman dan Khai Bahar.
Turut memeriahkan cabaran ialah duta jenama sooka Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie dan Kimberly Chuah yang berinteraksi bersama peserta dan peminat.
Cabaran dimulakan dengan “sooka Says”, yang memerlukan peserta mengikut arahan pantas tanpa mengalihkan fokus daripada skrin.
Ia disusuli pusingan gangguan bertema “pontianak” yang sarat elemen kejutan dan humor.
Seterusnya peserta diuji melalui cabaran ‘freeze’ yang memerlukan mereka mengekalkan posisi tertentu sambil terus menstrim.
Ujian terakhir menuntut koordinasi apabila peserta diminta menyeimbangkan tin air di atas tangan sambil meneruskan tontonan.
Acara diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah, di mana pemenang utama membawa pulang Proton e.MAS 5.
Peserta lain turut menerima ganjaran seperti Samsung QLED 85 inci, iPhone 17 Pro Max, MacBook Air, PlayStation 5 Pro, DJI Pocket 3, Dyson dan kad hadiah JD bernilai RM1,000.
Sooka turut memperkenalkan sooka Shorts, penawaran mikrodrama baharu yang menampilkan cerita padat dan ringkas untuk tontonan singkat.
Dalam acara berkenaan, sooka memberikan pratonton eksklusif kandungan tersebut yang dibangunkan selari dengan trend global drama mini yang semakin popular.
Dengan pelancaran baharu itu, platform tersebut yakin ia dapat memperkukuh kedudukan sebagai peneraju kandungan mikrodrama tempatan dan menawarkan fleksibiliti tontonan lebih luas kepada pengguna.
Ringkasan AI
- Sooka mencipta sejarah dengan meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records melalui acara sooka Gilerrr Streaming Challenge yang mencapai Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking, menampilkan 273 peserta.
- Penyertaan berskala besar ini mencerminkan semangat masyarakat Malaysia terhadap hiburan dan sukan serta menandakan penganjuran terbesar pertama oleh sooka, menunjukkan hubungan rapat platform itu dengan penonton tempatan.
- Acara tersebut menonjolkan bagaimana penstriman telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan obsesi hiburan ramai pengguna, sementara melancarkan sooka Shorts, penawaran mikrodrama baharu yang menawarkan tontonan singkat dengan cerita padat.