awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sophia Albarakbah idam watak lasak, babak penuh aksi

Bernama
Bernama
26/06/2024
09:45 MYT
Sophia Albarakbah idam watak lasak, babak penuh aksi
Siapa sangka di sebalik sikapnya yang lemah lembut, pelakon jelita itu mengimpikan watak wanita lasak. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Siapa sangka di sebalik sikapnya yang lemah lembut, pelakon jelita Sophia Albarakbah impikan watak wanita lasak.
Katanya, beliau ingin mencuba sesuatu yang baharu dan menguji kemampuannya sebagai pelakon serba boleh selepas sering membawakan watak wanita lemah lembut.
"Saya mahu sangat berlakon watak lasak dengan aksi yang berat dan watak epik. Watak-watak ini saya belum cuba lagi, kalau diberi peluang pasti saya akan buat yang terbaik," katanya yang ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, pemenang Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-35 itu berkata beliau juga bersedia mengambil risiko melakonkan babak aksi.
"Saya tidak nafikan watak aksi mempunyai risiko, tetapi jika saya sudah sahut (cabaran itu), saya mahu buat yang terbaik. Walaupun mencabar, ia akan jadi pengalaman yang menyeronokkan," tegas pelakon berdarah campuran Arab, Melayu dan Cina tersebut.
"Seperti dalam filem Saka Perawan, ketika saya melakonkan babak pontianak terbang, satu daripada tali yang mengikat saya terputus, nasib baik kru filem bertindak cepat menurunkan saya. Ketika itu saya berada setinggi rumah kampung," katanya, berkongsi pengalaman ketika berlakon dalam filem terbaharunya itu.
Sementara itu, Sophia yang mula dikenali selepas membawa watak Cahaya Malaika dalam drama bertajuk Suamiku Lelaki Pendosa, berkongsi harapan untuk merangkul anugerah pelakon wanita terbaik pada satu hari nanti.
"Bagi saya masa untuk tambah baik mutu lakonan saya. Sekarang saya ada mengikuti kelas lakonan serta membuat ulang kaji bagi membaiki kemahiran selain berbincang dengan pengarah," tambah beliau.
Filem Saka Perawan arahan Dr Ahmad Idham itu akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula esok (27 Jun).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sophia Albarakbah
#pelakon jelita
#watak wanita lasak
#wanita lemah lembut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan