Sophie Turner dan Joe Jonas sambut kelahiran anak pertama

Asyraf Roslan
Julai 28, 2020 00:32 MYT
Sophie yang popular menerusi drama bersiri Game Of Thrones mengumumkan kelahirannya pada Selasa.
PELAKON antarabangsa, Sophie Turner selamat melahirkan anak pertamanya bersama dengan penyanyi, Joe Jonas.
Sophie yang popular menerusi drama bersiri Game Of Thrones mengumumkan kelahirannya pada Selasa.
Perkara tersebut juga telah dikongsikan oleh Republic Records.
Pasangan itu sangat tenang menyambut kelahiran sulung anak mereka, namun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkara terebut.
Menurut laporan media antarabangsa, pasangan tersebut telah selamat menyambut kelahiran bayi perempuan itu di Hospital Los Angeles dan telah menamakan anak mereka, Willa.
Sophie dan Joe telah berkenalan sejak 2016 sebelum melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas selepas selesai menghadiri Billboard Music Awards 2019 pada Mei lalu.
#anak #bayi #Joe Jonas #Los Angeles #Media #perkahwinan #Sophie Turner