ENTERTAINMENT
'A Star is Born' dijangka menang besar pada Golden Globe ke-76

Filem bergenre romantik muzikal yang dibintangi Lady Gaga dan Bradley Cooper ini dicalonkan dalam lima kategori termasuk pelakon dan lagu asal terbaik. Foto: AP
FILEM ‘A Star Is Born’ yang berjaya catat kutipan box office dijangka menang besar dalam anugerah berprestij Golden Globe ke-76.
Filem bergenre romantik muzikal yang dibintangi Lady Gaga dan Bradley Cooper ini dicalonkan dalam lima kategori termasuk pelakon dan lagu asal terbaik.
Memetik laporan AFP, pengkritik filem, Paul Dergarabedian berpendapat A Star is Born mempunyai segala ciri yang dipertaruhkan untuk merangkul kesemua anugerah termasuk kutipan 'box office' tertinggi dan kejayaan luar biasa.
“Pencalonan tahun ini dalam semua kategori disifatkan sebagai hebat dan layak terima anugerah, bagaimanapun apa-apa boleh terjadi pada malam anugerah itu nanti,” katanya kepada AFP.
Selepas ditayangkan Oktober, 2018, filem arahan Bradley Cooper yang juga teraju utama filem tersebut berjaya catat kutipan global berjumlah RM 1,602.14 juta.
Golden Globe akan bersiaran secara langsung pada jam 5.00 petang Ahad (6.00 pagi waktu Malaysia) dan merupakan anugerah pembuka tirai bagi semua anugerah filem berprestij.
Anugerah itu akan dihoskan oleh pelakon Sandra Oh dan pelakon komedi, Andy Samberg.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami