A Star is Born tewas di tangan Bohemian Rhapsody

Astro Awani
Januari 7, 2019 04:35 MYT
Bohemian Rhapsody menewaskan filem 'favourite' A Star is Born di Golden Globe ke-76
HOLLYWOOD membuka tirai musim anugerah tahun ini dengan penganjuran Anugerah Golden Globe ke-76.
Pentas Golden Globe tahun ini kembali memberi fokus kepada penghargaan karyawan filem dan televisyen namun tidak sehangat tahun lalu yang dijadikan platform untuk gerakan Me Too.
Ramalan filem A Star is Born untuk menggungguli Golden Globe ke-76 kali ini ternyata meleset apabila filem itu hanya memenangi satu kategori sahaja iaitu Lagu Asal Terbaik melalui lagu Shallow.
Sebaliknya, Bohemian Rhapsody muncul filem terbaik kategori drama selain turut memberi kemenangan pada Rami Malek sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dengan watak legenda Freddie Mercury.
Filem Green Book pula cemerlang dengan memenangi tiga kategori. Selain dipilih sebagai Filem Terbaik (Muzikal/Komedi), pelakonnya, Mahershala Ali memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Filem ini turut memenangi kategori Lakon Layar Terbaik,
Glenn Close membuktikan kehebatannya apabila menewaskan calon-calon lain yang lebih muda apabila merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) menerusi filem The Wife.
Filem Roma memberi kemenangan kepada Alfonso Cuaron sebagai pengarah terbaik selain turut dinobatkan sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik.
Berikut senarai penuh pemenang Anugerah Golden Globe ke -76.
FILEM
Filem Terbaik (Drama)
Bohemian Rhapsody
Filem Terbaik (Muzikal/Komedi)
Green Book
Pengarah Terbaik Filem
Alfonso Cuarón, Roma
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)
Rami Malek, Bohemian Rhapsody
Pelakon Wanita Terbaik (Drama)
Glenn Close, The Wife
Pelakon Lelaki Terbaik (Muzikal/Komedi)
Christian Bale, Vice
Pelakon Wanita Terbaik (Muzikal/Komedi)
Olivia Colman, The Favourite
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Mahershala Ali, Green Book
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Regina King, If Beale Street Could Talk
Lakon layar Terbaik
Peter Farrelly, Nick Vallelonga, Brian Currie, (Green Book)
Skor Asal Terbaik
Justin Hurwitz, First Man
Lagu Asal Terbaik
“Shallow,” A Star Is Born
Filem Bahasa Asing Terbaik
Roma
Filem Animasi Terbaik
Spider-Man: Into the Spider-Verse
TELEVISYEN
Siri TV Terbaik – Drama
The Americans
Siri Televisyen Terbaik – (Muzikal/Komedi)
The Kominsky Method
Siri atau Filem Televisyen Terbaik
The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story
Pelakon Lelaki Terbaik Siri TV (Drama)
Richard Madden, Bodyguard
Pelakon Wanita Terbaik TV Siri (Drama)
Sandra Oh, Killing Eve
Pelakon Lelaki Terbaik Siri TV (Muzikal/Komedi)
Michael Douglas, The Kominsky Method
Pelakon Wanita Terbaik TV Siri (Muzikal/Komedi)
Rachel Brosnahan, The Marvelous Mrs. Maisel
Pelakon Wanita Terbaik untuk Mini Siri & Filem untuk TV
Patricia Arquette, Escape at Dannemora
Pelakon Lelaki Terbaik untuk Mini Siri & Filem untuk TV
Darren Criss, The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Mini Siri & Filem untuk TV
Ben Whishaw, A Very English Scandal
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Mini Siri & Filem untuk TV
Patricia Clarkson, Sharp Objects
Dalam anugerah yang sama, aktor Jeff Bridges diberikan penghormatan menerusi anugerah Cecil B De Mille atas sumbanganya pada industri di Hollywood.
Selain itu aktres Carol Burnett turut menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup.
#A Star Is Born #Bohemian Rhapsody #Glenn Close #Golden Globe 2019 #Green Book #Hollywood #Lady Gaga #Rami Malek #The Assassination of Gianni Versace American Crime Story #The Kominsky Method