[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Star Wars: The Last Jedi akan ditayangkan di angkasa lepas

Madiha Abdullah 14/12/2017 | 01:26 MYT
Star Wars: The Last Jedi, arahan Rian Johnson, filem kelapan dari francais 'Star Wars', mula memasuki panggung di Amerika Syarikat 13 Disember lalu. - Foto YouTube
MENONTON filem Star Wars: The Last Jedi di angkasa tentunya memberi satu pengalaman yang luar biasa dan berbeza.
Kini, mereka yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) akan berpeluang untuk merasai pengalaman itu.
Menerusi satu tweet, Robin Seemangal, seorang petugas Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Amerika Syarikat, memaklumkan Disney dan NASA telah pun bersetuju untuk menayangkan filem itu di ISS.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Portal Mashable mengesahkan perkara itu, namun tarikh bila ia akan ditayangkan belum diputuskan buat masa ini.
"Filem boleh ditayangkan di sana sama ada menggunakan komputer riba atau projektor yang disediakan," terang jurucakap NASA itu kepada portal tersebut.
Sebelum ini, ISS pernah menayangkan filem Gravity untuk enam kru yang berada di situ.
Star Wars: The Last Jedi, arahan Rian Johnson, filem kelapan dari francais 'Star Wars', mula memasuki panggung di Amerika Syarikat 13 Disember lalu.
#Angkasa Lepas #Disney #filem #NASA #Star Wars The Last Jedi #Tweet