awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami bintang Bollywood Shilpa Shetty ditahan, dipercayai terbit, siar pornografi

Agensi
Agensi
20/07/2021
12:56 MYT
Suami bintang Bollywood Shilpa Shetty ditahan, dipercayai terbit, siar pornografi
Raj Kundra dan Shilpa Shetty mempunyai dua cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 2009. - Gambar fail
POLIS Mumbai menahan Raj Kundra, suami bintang Bollywood, Shilpa Shetty atas dakwaan penerbitan dan penyiaran filem pornografi dalam talian, enam tahun selepas dia diharamkan daripada semua aktiviti berkaitan kriket.
Portal Times of India melaporkan, polis tempatan membuat pengumuman berkenaan tangkapan itu pada Isnin, selepas Raj Kundra dipercayai menjadi dalang konspirasi utama dalam satu kes.
"Pihak polis mempunyai bukti yang cukup berhubung perkara ini," polis tempatan dipetik sebagai berkata, sambil memberitahu siasatan lanjut juga sedang berjalan.
Tangkapan ini merupakan skandal terbesar buat Kundra, yang mempunyai dua cahaya mata dengan Shilpa, yang merupakan pemenang program realiti Britain, 'Celebrity Big Brother' pada tahun 2007.
Pada 2015, Kundra diharamkan daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti kriket, susulan siasatan ke atasnya selepas didakwa bertanggungjawab menjadi broker pertandingan Liga Perdana India Rajasthan Royals.
India mempunyai undang-undang yang ketat terhadap penerbitan dan penyiaran bahan terlarang, namun untuk tontonan peribadi dibenarkan.
Menurut laman web dewasa, India mencatat rekod 1.3 bilion pelayar web, ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Britain.
Pada 2015, filem 'Fifty Shades of Grey' diharamkan tayangannya di India kerana mengandungi elemen-elemen erotika.
Topic Berkaitan
#Shilpa Shetty
#Raj Kundra
#Kriket
#pornografi
#Bollywood
#Mumbai
#tangkapan
#filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan