Suami nak belikan Mini Cooper, tapi Mila Jirin tak nak.... sebab malas memandu

Gempak
Julai 6, 2018 03:48 MYT
Foto: Instagram Mila
PENYANYI Mira Jirin atau nama sebenarnya, Norsyamilla Jirin, 31, menolak niat suaminya yang mahu membelikannya sebuah kereta Mini Cooper.
Pemenang rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima ini berkongsi perkara tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Pelantun lagu Jika Kau Ubah Fikiran ini menolak cadangan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 39, kerana tabiat Mila sendiri yang malas memandu dan pada masa yang sama, Ailis tidak memberi kebenaran kepada Mila untuk memandu kereta.
Cadangan itu datang ketika pasangan ini membeli nombor plat A1 M174 daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Artis 1 Malaysia) sebagai tanda sokongan.
Penyanyi yang kini bergelar usahawan perkahwinan menerusi bisnes Bizmilla Catering ini berkahwin dengan Ailis pada 11 November 2015.
Hasil perkahwinan Mila dan Ailis, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Arif Zikri pada 12 Mei 2017.
#Akademi Fantasia #Instagram #Mila Jirin #Mini Cooper #penyanyi #suami