awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami Salamiah Hassan meninggal dunia

Faida Rahim
Faida Rahim
05/11/2022
06:49 MYT
Suami Salamiah Hassan meninggal dunia
Salamiah Hassan berkahwin dengan Gerry Hughes yang berusia 68 tahun pada 1 September lalu selepas 35 tahun hidup bersendirian. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi veteran, Salamiah Hassan, Gerry Hughes meninggal dunia, pagi semalam. Berita sedih ini disahkan oleh anak Salamiah yang juga penyanyi terkenal, Atilia Haron menerusi laman Instagramnya.
"Kami sekeluarga menerima berita pemergian Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.
"Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-Fatihah," tulis Atilia.
Pada masa ini, Atilia tidak dapat berkongsi punca kematian bapa tirinya itu dan masih menanti perkembangan daripada ibunya.
Salamiah, 71, dan Allahyarham Hughes yang berusia 68 tahun diijabkabul pada 1 September lalu.
Pasangan itu dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania, Australia iaitu di kediaman Allahyarham Hughes.
Kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu.
Sebelum itu, Salamiah hidup bersendirian selama 35 tahun selepas berpisah dengan suami pertama, Raja Haron Raja Aziz pda 1986.
Selain Atilia, Salamiah juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Raja Ahmad Shah.
Topic Berkaitan
#Atilia Haron
#Salamiah Hassan
#meninggal dunia
#suami Salamiah Hassan meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan