awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suarakan pendapat tidak salah, tapi bukan kurang ajar - Aznil

Gempak
Gempak
06/10/2017
23:46 MYT
Suarakan pendapat tidak salah, tapi bukan kurang ajar - Aznil
AZNIL: "-Saya lihat sekarang ramai anak kita yang bukan sahaja sanggup memaki hamun pemimpin, malah tanpa rasa bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ahli agama." - Foto Astro Gempak
PENGACARA Datuk Aznil Hj Nawawi akui bimbang dengan perkembangan komunikasi generasi baharu yang dilihat semakin tidak beradab, lebih-lebih lagi di media sosial.
Aznil berkata menyuarakan pendapat adalah satu perkara baik tetapi perlu dengan cara komunikasi yang betul.
“Saya lihat sekarang ramai anak kita yang bukan sahaja sanggup memaki hamun pemimpin, malah tanpa rasa bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ahli agama.
"Kes terbaharu, seorang anak bukan sahaja mengeluarkan kata kesat kepada ibunya tetapi sanggup pula memukul ibu sendiri.
"Mereka semua ini begitu lantang di laman sosial tetapi bila berhadapan takut pula untuk menyuarakan pendapat.
"Suarakan pendapat itu tidak salah tapi bukan dengan cara yang kurang ajar," katanya kepada Astro Gempak.
Sehubungan dengan perkara itu, pengacara AF Megastar berkenaan merancang untuk mengelilingi sekolah seluruh Malaysia bagi memperkasakan kemahiran berkomunikasi.
“Bermula dari pelajar sekolah rendah, saya mahu mendedahkan kepada mereka mengenai kepentingan komunikasi dan interaksi dalam melontarkan pertanyaan, jawapan dan juga pendapat.
"Saya sedar generasi kini meskipun lepasan universiti, mereka masih mempunyai kemahiran berkomunikasi yang lemah dan ia antarasa salah satu sebab mereka gagal mendapat tempat di dalam mana-mana sektor perkerjaan.
"Saya harap kempen ini dapat membantu untuk mengasah kebolehan berkomunikasi dan melontarkan pendapat, menyuarakan pandangan mereka dengan cara yang betul.
“Sebenarnya saya sudah mempunyai idea ini sejak sekian lama dan sedang bekerja rapat dengan agensi kerajaan bagi merialisasikan impian saya ini," katanya lagi.
Aznil berharap kempen yang turut melibatkan personaliti TV serta pengacara lain itu dapat direlisasikan secepat mungkin.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#Astro
#Aznil Hj Nawawi
#media sosial
#Pengacara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan