awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suasana sangat bersih dan tenang - Angeline Tan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2023
23:15 MYT
Suasana sangat bersih dan tenang - Angeline Tan
Angeline berkongsi pengalaman pertama kali ke Kota Madinah. - Foto Sinar Harian
PELAKON Angeline Tan berkongsi pengalaman indah sebaik menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Kota Madinah.
Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan baru sahaja tiba di Kota Madinah bersama suami tercinta, Sabri Yunus selepas berlepas ke sana pada awal pagi Ahad.
"Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang," tulisnya.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 56 tahun itu turut berkesempatan menunaikan solat Subuh dan jenazah di Masjid Nabawi.
Malah dalam perkongsian berlainan, bintang sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berjanji akan cuba membaca segala doa yang dikirimkan kepadanya.
Lihat siaran ini di Instagram
Siaran dikongsi oleh Angeline Tan (@angelinetanyy)
"Ramai yang kirim doa pada saya. Keluarga, kawan-kawan, sahabat artis, kru produksi yang sama-sama berjuang, kawan-kawan dalam Instagram dan ramai lagi.
"Saya janji, saya akan doa dan minta dengan Allah yang Maha Kuasa. Insya-Allah... Semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu Allah.
"Semoga Allah akan makbulkan semua doa dan permintaan saya," kongsinya.
Rata-rata rakan artis dan pengikut Instagram Angeline turut tersentuh melihat perjalanan pelakon itu yang dipermudahkan segalanya selepas memeluk Islam dan bergelar isteri.
Malah ada juga yang mendoakan pasangan itu mendapat umrah yang mabrur.
Terdahulu, pada 14 Oktober lalu pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Sabri dan Ageline digandingkan buat kali pertama menerusi drama Pak Din KK pada 1992. Ketika itu, Angeline menganggapnya sebagai guru dalam lakonan.
Mereka kemudian meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka menggalas watak Wan Ismail Golok dan Lucy. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Angeline Tan
#Angeline Tan dan Sabri Yunus
#Wan Ismail Golok dan Lucy
#Angeline Tan tunai umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan