Sudah jatuh ditimpa tangga, selepas rumah dirompak, Izram Dinzly kemalangan

Gempak
Februari 23, 2018 11:20 MYT
Tidak cukup dengan kejadian tersebut, kenderaan jenis Honda yang dipandu Iqram juga terbabas hingga menyebabkan bahagian hadapan keretanya hampir remuk. - Instagram/bawaabata.merebucks
PELAKON kontroversi, Iqram Dinzly ditimpa musibah apabila kediamannya di Damansara dipecah masuk dan kerugian ribuan ringgit.
Tidak cukup dengan kejadian tersebut, kenderaan jenis Honda yang dipandu Iqram juga terbabas hingga menyebabkan bahagian hadapan keretanya hampir remuk.
Menerusi kemas kini Iqram di Instagram, pelakon yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu kehilangan jam tangan mewah bernilai RM10,000, telefon pintar jenis iPhone 6 dan komputer riba milik arwah bapanya.
"Alkisahnya, cerita kelmarin di Damansara dikopak dan jam Claudia Patricks bernilai RM10,000, jam G-Shock, Guess serta iPhone 6 dan laptop arwah bapa telah selamat dirompak.
"Walau apa pun, tak perlu berontak. Hanya syukuri ujian dan dugaan Allah dengan serentak," tulisnya.
#Dunia Baru #Honda #iPhone 6 ' #Iqram Dinzly #pecah #rompakan #telefon pintar