Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Lagu ini saya ketahui ketika saya berusia 16 tahun, lapan tahun selepas pelantunnya pergi menyahut panggilan Ilahi.
Ketika lagu itu popular, saya terlepas daripada memiliki momen indah sebagai salah seorang peminat lagu tersebut.
Saat lagu itu mula didengari peminat insan ini, saya baru berumur empat tahun, masih mentah untuk menilai sesuatu karya.
Selepas beliau pergi, baru saya menyedari lagu-lagu nyanyian penghibur bernama Sudirman Hj Arshad amat dekat di hati saya.
Sejak itu 'Merisik Khabar, Milik Siapa Gadis Ini' dan 'Salam Terakhir' sentiasa melekat di fikiran saya.
Malah lagu-lagu ini masih lagi dimainkan di corong-corong radio termasuk 'Pelangi Petang', 'Chow Kit Road' dan 'Gerimis Di Lautan'.
Tidak ketinggalan, lagu 'Balik Kampung' yang akan menerjah kepala perantau-perantau setiap kali hari raya hampir tiba.
Bergelar Wartawan Astro AWANI, saya mengakui ralat tidak berkesempatan untuk mengenali siapa itu Sudirman Hj Arshad secara peribadi.
Namun, hanyalah artikel terdahulu, video dokumentari, carian google serta paparan Youtube menjadi rujukan saya.
Rasa kecewa lambat ‘jatuh cinta’ dengan 'The Singing Lawyer' ini turut dirasai oleh seluruh peminatnya yang lain.
Pada tahun 1986, beliau telah menempa nama di dalam Malaysian Book of Records kerana mengadakan konsert besar-besaran secara percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan sambil bersama-sama menyanyikan lagu beliau "Chow Kit Road! Chow Kit Road!".
Membaca kisah itu sahaja, saya sudah dapat merasai kemeriahannya ketika itu.
Sudirman, pernah digelar penghibur nombor satu Asia ketika beliau muncul juara dalam pertandingan 'Asian Popular Music Awards' yang berlangsung di Royal Albert Hall London pada tahun 1989.
Ketika pertandingan itu beliau turut bersaing dengan nama-nama besar dari negara Asia yang lain seperti Leslie Chung.
Selain itu, filem 'Kami' yang mengangkat beliau sebagai pelakon air mata turut tidak akan dilupakan oleh peminat-peminatnya.
Daripada lagu-lagu patriotik sehingga ke lagu rakyat, penghibur lagenda ini sentiasa tampil lain daripada yang lain.
Ada yang menganggap penyanyi serba boleh ini sebagai ‘Elvis Presley Malaysia’.
Namun tidak keterlaluan jika saya berpendapat beliau lebih hebat daripada Elvis.
Semalam, 22 tahun yang lalu ketika beliau berusia 37 tahun, Penghibur No. 1 Asia ini pergi meninggalkan kita semua dan kehilangannya sukar dicari ganti.
Al – Fatihah.
Azyyati Ahmad
Sun Feb 23 2014
Allahyarham Sudirman Hj Arshad. --Gambar Fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
PM Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak pernah jadi James Bond
Tahukah anda Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Dato Hussein pernah menjadi spy ala James Bond untuk memastikan keamanan negara.