[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat selamat diijabkabulkan

Gempak 02/05/2025 | 04:05 MYT
Sufian Suhaimi selamat melangsungkan pernikahan dengan Rania Al Sadat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. -Gempak
PENYANYI Sufian Suhaimi dilaporkan selamat melangsungkan pernikahannya dengan wanita pilihan iaitu Rania Al Sadat pada Jumaat pagi.

Ringkasan AI
  • Sufian Suhaimi melangsungkan pernikahan dengan Rania Al Sadat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
  • Majlis pernikahan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat.
  • Spekulasi hubungan mereka kembali bertaut selepas berpisah pada April 2023 dikuatkan oleh hantaran Sufian di media sosial pada Januari lalu.

Difahamkan pasangan itu mengadakan majlis pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menerusi video yang tular di TikTok, majlis tersebut hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat sahaja.
Terdahulu, awal Januari lalu, Sufian memuat naik foto bersama Rania dalam media sosial dan meletakkan emoji hati.
Hantaran tersebut sekali gus menguatkan spekulasi bahawa kasih mereka kembali bertaut selepas dikatakan berpisah pada April 2023. -Gempak
#Sufian Suhaimi #Rania Al Sadat #langsungkan pernikahan #Masjid Wilayah Persekutuan #suami isteri