awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat terakhir suami buat Sridevi

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2018
21:29 MYT
Surat terakhir suami buat Sridevi
"Kepada dunia, dia adalah 'Chandni', pelakon yang sangat baik, Sridevi mereka. Tapi bagi saya, dia adalah cinta, teman, ibu kepada anak perempuanku, pasangan hidupku," luah Booney Kapoor di dalam suratnya. Foto Sinar Online
PEMERGIAN pelakon legenda Bollywood, Sridevi Kapoor, 54, Sabtu lalu, ternyata mengejutkan ramai pihak.
Ia secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam buat suami, Booney Kapoor, 63, dan dua anak perempuannya, Janhvi, 21 dan Khushi, 18 tahun.
Dan selepas selesai upacara pengebumiannya Rabu lalu, Booney akhirnya meluahkan apa yang dirasai dengan pemergian Sridevi menggunakan akaun Twitter milik mendiang isterinya, 1 Mac lalu.
Dalam surat tersebut, Boney mengungkapkan rasa cintanya kepada Sridevi yang sudah lebih dari 20 tahun menjadi isterinya.
pic.twitter.com/VNgw7FY9rF
— SRIDEVI BONEY KAPOOR (@SrideviBKapoor) February 28, 2018
"Kehilangan teman, isteri dan ibu kepada dua anak perempuan adalah kehilangan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata.
"Saya ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada keluarga, teman, dan semua peminat Sridevi yang tidak terkira jumlahnya dan setia berdiri bersama kami teguh seperti batu. Saya juga rasa bertuah dengan sokongan dan kasih sayang dari Arjun dan Anshula yang juga menjadi tiang kekuatan buat Khushi dan Janhvi. Bersama sebagai keluarga, kami cuba untuk menghadapi kehilangan yang tak terjangka ini.
BACA: Sridevi Kapoor: Kes kematian ditutup
"Kepada dunia, dia adalah 'Chandni', pelakon yang sangat baik, Sridevi mereka. Tapi bagi saya, dia adalah cinta, teman, ibu kepada anak perempuanku, pasangan hidupku. Bagi anak perempuan kami, dia adalah segalanya, hidup mereka. Dia adalah paksi utama dalam kehidupan keluarga kami.
"Saat kami mengucapkan selamat tinggal untuk isteriku yang tercinta dan mama bagi Khushi dan Jhanvi, saya berharap sesuatu. Mohon hormati permintaan kami untuk berduka secara peribadi. Jika anda ingin berbicara mengenai Sri, biarlah ia menjadi kenangan istimewa antara anda dan dia.
BACA: Cantik, 'bergetah' dan simbol seks, tetapi 10 Diva Bollywood ini tidak pernah berkahwin
"Dia adalah seorang pelakon yang tidak akan terganti. Untuk itu, cintai dan hormatilah dia. Layar tidak akan turun dari kehidupan seorang aktor, kerana mereka akan selamanya bersinar di layar perak.
"Perhatian utama saya kini adalah untuk melindungi anak perempuan kami dan mencari jalan untuk terus melangkah ke depan tanpa Sri. Dia adalah hidup kami, kekuatan kami dan alasan mengapa kami selalu tersenyum. Cinta kami kepadanya tidak terbatas.
"Beristirahatlah dengan tenang, cintaku. Hidup kami tidak akan pernah sama lagi," tulis Boney Kapoor.
Surat yang penuh dengan rasa cinta dan kedukaan itu mendapat lebih 75,000 tanda like, 18,000 retweet dan 3,900 komen dari pengikut di seluruh dunia, yang turut bersimpati dengan kematian aktres berbakat besar itu.
Topic Berkaitan
#anak
#Bollywood
#Booney Kapoor
#cinta
#keluarga
#meninggal dunia
#Sridevi
#suami
#surat
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan