PEMINAT drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa pasti tidak sabar menantikan pengakhiran drama tersebut.
Berikutan sambutan hangat daripada penonton, drama arahan sutradara Michael Ang yang sepatutnya berakhir di episod 28 pada 23 November lalu kini disambung empat lagi episod.
Ini menjadikan keseluruhan drama ini adalah sebanyak 32 episod kesemuanya.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal, tambahan episod untuk drama bersiri lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini merupakan satu tanda terima kasih kepada penonton yang memberi sambutan positif terhadap drama tersebut.
"Kami gembira dan berbesar hati dengan sambutan positif yang diterima untuk drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ di slot Megadrama.
"Sejak mula ditayangkan, drama ini ternyata berjaya membawa penonton untuk bergelumang dengan mainan emosi menerusi plot penceritaan dan lakonan mantap barisan pelakon yang meninggalkan kesan kepada penonton," kata Emarina.
"Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, kami hadiahkan empat episod tambahan kepada para peminat yang pastinya tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.
Selain Kamal Adli dan Uqasha Senrose, drama ini turut dijayakan Zac Zaky, Yusof Bahrain, Shaza Bae dan Azza Elite.
Saksikan episod akhir Perempuan Tanpa Dosa pada 30 November ini jam 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Anda juga boleh strim drama ini menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Asyraf Roslan
Sat Nov 28 2020
Drama "Perempuan Tanpa Dosa" arahan sutradara Michael Ang yang sepatutnya berakhir di episod 28 pada 23 November lalu kini disambung empat lagi episod. -Astro AWANI
ChatGPT kini mempunyai lebih 11 juta pengguna berbayar
Perkongsian angka ini sekali gus memperlihatkan secara kasar OpenAI menjana $2.7 bilion melalui ChatGPT setiap tahun.
Sarapan Malaysia: Nasi lemak dan teh tarik jadi pilihan, dedah kajian Kajidata
Pada awal pagi, aroma pedas Nasi Lemak, bersama dengan pelbagai pilihan teh seperti Teh Tarik sedia menyemarakkan semangat rakyat Malaysia.
#AWANIRingkas 15 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 September 2024
1️⃣ Pegawai pilih SSPA terima pelarasan gaji
2️⃣ Tingkat keharmonian antara agama
3️⃣ Mampukah Pearly-Thinaah muncul juara?
#awaniringkas
1️⃣ Pegawai pilih SSPA terima pelarasan gaji
2️⃣ Tingkat keharmonian antara agama
3️⃣ Mampukah Pearly-Thinaah muncul juara?
#awaniringkas
What do you want to be when you grow up?
In conjunction with Malaysia Day, three young Malaysians turn the question on ambition and aspiration to some 2024 Merdeka Award laureates. Discover what keeps them inspired and focused on their career, even to their 70s and 80s! Did they really turn out to do what they thought they would be doing? Watch to find out…
To learn more about the inspiring 2024 Merdeka Award laureates, visit www.merdekaaward.my or search for Merdeka Award on all social media platforms.
#2024MerdekaAward #MerdekaAward #MAT #FosteringExcellence #SayaAnakMalaysia
To learn more about the inspiring 2024 Merdeka Award laureates, visit www.merdekaaward.my or search for Merdeka Award on all social media platforms.
#2024MerdekaAward #MerdekaAward #MAT #FosteringExcellence #SayaAnakMalaysia
PGA9 gagalkan cubaan seludup 150,000 rokok
Rampasan dilakukan selepas anggota yang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
AWANI Ringkas: Mampukah Pearly-Thinaah muncul juara?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia-Ukraine: Tukar 206 tahanan dalam masa dua hari
Rusia dan Ukraine melakukan pertukaran besar-besaran 206 tahanan, pada Sabtu.
MAHA 2024: Tumpuan penuh kepada sektor padi dan beras, serta ruminan - Mat Sabu
Menuju ke hadapan, kementerian telah mengenal pasti dua negeri lagi yang boleh membantu dalam mengembangkan lagi sektor padi dan beras negara.
Ribuan turun ke jalanan tuntut pembebasan tebusan
ibuan penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv pada Sabtu bagi menyeru kerajaan Israel untuk berbuat lebih banyak bagi mendapatkan pembebasan tebusan yang masih ditahan di Gaza selepas 11 bulan.
Derma pakaian: PM Britain didakwa langgar peraturan Parlimen
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer telah melanggar peraturan parlimen dengan tidak mengisytiharkan seorang ahli perniagaan kaya dan penderma Parti Buruh membeli pakaian mewah untuk isterinya, Victoria.
Susulan sambutan hangat, 'Perempuan Tanpa Dosa' disambung 4 lagi episod
Tambahan episod untuk drama bersiri lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini merupakan satu tanda terima kasih kepada penonton yang memberi sambutan positif terhadap karya ini.