Syafie Naswip kini bergelar suami kepada Nur Afiqah

Gempak
Disember 23, 2023 05:50 MYT
Syafie menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Nur Afiqah pada majlis pernikahan yang berlangsung hari ini. - Foto Gempak
HANYA dengan sekali lafaz, pelakon Syafie Naswip kini bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Nur Afiqah Ishak.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Sepang, Ustaz Mohammad Nazri Sobirin.
Majlis pernikahannya itu dipertontonkan kepada umum menerusi siaran langsung di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.
Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Syafie Naswip menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 pada majlis pernikahan tersebut.
Sekitar 1,500 penonton menyaksikan siaran langsung pernikahannya itu.
Terdahulu, Syafie memuat naik satu hantaran di Instagram memaklumkan satu pengumuman khas akan dilakukan pada hari ini.
#Syafie Naswip #siaran langsung #pernikahan #Instagram