Syifa, Safawi timang cahaya mata lelaki

Sinar Harian
Oktober 1, 2023 01:30 MYT
Safawi memaklumkan menerusi hantaran di Instagram, Saif Sulaiman selamat dilahirkan pada jam 5.28 petang, 30 September 2023. - Foto Sinar Harian
PELAKON dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin dan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid menimang cahaya mata lelaki pertama mereka pada Ahad.
Menurut Safawi, dia dan Syifa memberikan nama Saif Sulaiman Muhammad Safawi kepada putera sulung mereka.
"Masya-ALLAH, Tabarakallah... Saif Sulaiman Muhammad Safawi selamat dilahirkan pada 30 September 2023, jam 5.28 petang," katanya menerusi satu hantaran di Instagram Safawi.
Sebelum itu, Safawi juga turut memuat naik foto memakai pelitup muka dipercayai ketika sedang berada di hospital untuk menyambut kelahiran anak pertama mereka.
Dalam masa sama, Syifa turut berkongsi meluahkan rasa syukur atas kelahiran putera sulungnya.
"Syukur Alhamdulillah, ALLAH sebaik-baik perancang... Saif Sulaiman," ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 29, dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu di Kuala Lumpur dalam satu majlis tertutup. - Sinar Harian
#anak sulung #anak lelaki #Safawi Rashid #Syifa Melvin