"Syukur, saya hamil" - Mia Ahmad

Gempak
Mac 13, 2018 15:48 MYT
Berita gembira itu dikongsi oleh Mia menerusi akaun Instagram miliknya. - Instagram Mia Ahmad
PELAKON Mia Ahmad mendedahkan dirinya kini hamil.
Berita gembira itu dikongsi oleh Mia menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
“Assalamualaikum, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak produksi kerana menolak tawaran berlakon, kemunculan di majlis-majlis tertentu, temu bual, dan juga beberapa program kerana kesihatan diri yang tidak mengizinkan.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak media kerana tidak menjawab panggilan dan juga whats app.
“Dengan rasa syukur, saya ingin mengumumkan saya kini hamil.
“Ini bukanlah perkara mudah untuk saya umumkan mengenai kehamilan ini dan saya juga sedikit takut kerana beberapa bulan yang lalu saya mengalami keguguran.
BACA: Selepas bergelar isteri, Mia Ahmad ikut Izham menetap di Johor
“Namun kejadian itu membuatkan saya menjadi kuat dan saya mengumpul keberanian untuk memberitahu mengenai kehamilan ini kepada umum.
“Saya harap anda semua memahami situasi saya.
“Saya juga berharap perjalanan kehamilan saya ini sentiasa mendapat doa anda semua. Amin,” tulisnya.
Berita tersebut ternyata mengejutkan peminatnya.
Manakala ruangan komen entri berkenaan juga mula dihujani dengan ucapan tahniah dan doa buat isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
Foto: Instagram @mia.ahm4d
#Instagram #Izham Tarmizi #JDT #Johor Darul Takzim #Mia Ahmad #WhatsApp