ENGGAN berlaku kekeliruan, pelakon Ungku Ismail memaklumkan Tabung Kecemasan Nad Zainal yang dilancarkan sebelum ini berjaya mengutip sebanyak RM270,000 hasil sumbangan orang ramai.

Selain membiayai kos rawatan di hospital, Ungku turut memberitahu tiga peratus daripada jumlah itu diberikan kepada pertubuhan kebajikan As-Siddiq sebagai bayaran pengurusan.

“Alhamdulillah, kita dapat kumpul daripada tabung pertubuhan kebajikan As-Siddiq, tabung kecemasan Nad Zainal ialah sebanyak RM270,000.

“Daripada jumlah itu memang kami ada perjanjian, Nad pun tahu benda ni… tiga peratus akan pergi kepada pertubuhan itu sebagai management fee.

“Ada sebahagiannya juga sudah disalurkan kepada hospital untuk membiayai kos rawatan. Selebihnya kita akan fokus pada rawatan dan ikhtiar.

“Apa saja rawatan untuk menyembuhkan Nad Zainal, apa sahaja ikhtiar, maka kita akan duit daripada sumbangan ini,” jelasnya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial.

Menghormati permintaan ibu bapa Nad, Ungku hanya berkongsi keadaan aktres itu kini masih dalam pemulihan dan perlu banyak berehat.

“Nad masih lagi dalam recovery proses. Paru-paru dia masih perlu direhatkan. Dia dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah. Saya tak nak update setiap masa, selalu update.

“Sebab bila recovery proses ini dia banyak berehat. Bila banyak berehat, tak ada banyak benda yang saya perlu jelaskan. Atas permintaan ibu bapa dia, banyak saya tidak boleh cerita.

“Masa awal itu, saya memang cerita lebih details sebab tak nak orang buat spekulasi bukan. Walaupun akhirnya ada juga orang buat, saya pun tak tahu apa niat mereka,” katanya. -- Gempak