Tahniah Awal Ashaari dan Scha Alyahya! Lara Alana bakal dapat adik

Asyraf Roslan
Ogos 6, 2020 20:45 MYT
Awal dan Scha bakal menimang cahaya mata kedua. Duduk ialah anak pertama mereka Lara Alana.
SELEPAS enam tahun dikurniakan zuriat pertama, pengacara terkenal Awal Ashaari mengumumkan dia dan isteri Scha Alyahya bakal menimang cahaya mata kedua.
Pasangan popular itu berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram pada Khamis.
Pada muat naik tersebut, Awal menyatakan bahawa kandungan Scha kini sudah hampir memasuki empat bulan.
Awal juga memohon agar peminat mendoakan isterinya dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna dan anak dalam kandungannya selamat.
Untuk rekod, anak sulung pasangan itu, Lara Alana, dilahirkan pada 2014.
Tahniah daripada kami buat Scha dan Awal.
#Awal Ashaari #dikurnia zuriat #hamil empat bulan #Lara Alana #Scha Alyahya