[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
ENTERTAINMENT

Tahniah! Chen EXO timang puteri sulung

Isabelle Leong 29/04/2020 | 10:34 MYT
Chen bersama-sama suri hatinya menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang pertama pada Rabu. - www.koreaboo.com
PENYANYI utama kumpulan K-Pop terkenal EXO, Chen kini bergelar bapa!
Memetik laporan allkpop, Chen bersama-sama buah hatinya menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang pertama pada Rabu.
Berita tersebut dilaporkan media tempatan yang kemudiannya disahkan sumber daripada syarikat label SM Entertainment.
“Chen menyambut kelahiran anak perempuannya hari ini,” kata sumber tersebut.
Puteri sulung Chen dikatanya dilahirkan di sebuah hospital di Cheongdam-dong, Seoul.
Pada Januari lalu, Chen mendedahkan bahawa dia akan mengahwini teman wanitanya dan memberikan petunjuk bahawa bakal isterinya itu sudah berbadan dua.
Dia membuat pengumuman berkenaan menerusi media sosial rasmi kelab peminat EXO dengan menulis sepucuk surat.
Pada surat tersebut, Chen turut meluahkan isi hatinya dan berkata dia ingin menghabiskan seluruh hidupnya bersama-sama isterinya.
Sebelum mengakhiri suratnya, dia menzahirkan rasa terima kasih kepada anggotanya kerana mengucapkan tahniah kepadanya selepas mendengar berita tersebut.
Selebriti itu turut berkata akan membuat sedaya yang mampu untuk tidak berubah dan membalas kasih sayang yang diberikan kepadanya.
Chen membuat debutnya sebagai anggota EXO pada tahun 2012 dan kumpulan terkenal Korea Selatan itu mengeluarkan album keenam mereka iaitu Obsession.
#Anak perempuan #cahaya mata #Chen #EXO #Korea Selatan #puteri sulung