ENTERTAINMENT
Tahniah Malaria! Model Naomi Campbell tersalah tweet pemenang Nobel
Tahniah Malaria kerana memenangi Hadiah Keamanan Nobel, begitulah tweet yang diposkan oleh model antarabangsa Naomi Campbell (kiri).
Tahniah Malaria! kerana memenangi Hadiah Keamanan Nobel.
Begitulah tweet yang diposkan oleh model antarabangsa dan penuh kontroversi Naomi Campbell di laman Twitter dan Instagramnya sejurus aktivis hak asasi kanak-kanak Malala Yousafzai dari Pakistan dianugerahkan dengan hadiah itu.
Tidak diketahui sekiranya ‘Autocorrect’atau Pembetulan Automatik telah membetulkan nama tersebut.
Ramai pengikut Campbell telah mengkritik tweetnya.