Tahniah! Wany Hasrita dah lulus, kini graduan Sains Perubatan
Gempak
Ogos 8, 2017 08:25 MYT
Ogos 8, 2017 08:25 MYT
PENYANYI Wany Hasrita akhirnya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam semalam.
Pada istiadat konvokesyen itu, Wany atau nama sebenarnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah, 24, turut ditemani keluarganya.
"Alhamdulillah saya sangat gembira sebab penat lelah selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil. Cuma sedikit sedih sebab ayah tak dapat hadir majlis konvokesyen saya sebab bekerja.
"Sepanjang bergelar artis saya tidak ada berdepan masalah dalam pelajaran sebab promosi dan persembahan semuanya selepas habis praktikal dan peperiksaan," kata pelantun lagu Menahan Rindu itu.