Tahun terakhir buat Miss Trivago!

Sinar Harian
Ogos 29, 2019 23:20 MYT
Dahlia turut berterima kasih kepada semua yang turut memberi sokongan kepadanya selama ini. - YouTube @IKLANESIA HD
SELEPAS empat tahun, akhirnya pengacara berbakat, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 31, mengumumkan akan meninggalkan peranannya sebagai wajah Trivago Malaysia.
Berkongsi berita itu di laman Instagram miliknya, Dahlia akui sedih kerana selepas menimba pelbagai pengalaman bersama syarikat tersebut, dia kini terpaksa mengundurkan diri.
Menerusi perkongsian itu juga, Dahlia turut memuat naik foto sepanjang perjalanannya sebagai Miss Trivago.
"Ketika tahun 2016, saya pergi uji bakat dan tidak tahu yang ia akan mengubah seluruh hidup saya.
“Dan selepas 4 tahun, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal untuk peranan terbaik yang pernah saya lakukan menjadi Miss Trivago Malaysia.
“4 tahun guys! Berada di kaca tv sebagai awek/gadis/minah/kakak Trivago. Sedih kerana ia akan menjadi tahun terakhir saya sebagai Miss Trivago. Jadi terima kasih kepada mereka yang percaya kepada saya!," tulisnya yang pernah menjadi pengacara HLive.
#Bollywood #Dahlia Shazwan Mohd Amin #HLive #iklan #India #Instagram #kahwin #keluarga #Miss Trivago Malaysia #Pengacara #Trivago #video