'Tak banyak yang menarik, banyak fasal family' - Memey Suhaiza tak percaya cecah 1 juta pengikut

Gempak
Januari 17, 2019 23:25 MYT
Memey akui laman Instagram miliknya banyak dipenuhi kisah mengenai keluarganya. Foto Instagram @memeysuhaiza
PELAKON Memey Suhaiza akui tidak percaya apabila pengikut laman sosial Instagram (IG) miliknya kini mencecah satu juta.
Menerusi posting terbarunya, Memey meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada peminat yang mengikuti perkembangannya di akaun media sosial itu.
“Assalamualaikum, petang tadi saya tengok IG saya satu juta.
“Macam tak percaya... Saya nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih sebab sudi bersahabat dengan saya dekat IG ni ya.
“Maaf kalau terkurang, terlebih untuk IG posting saya.
“Tak banyak yang menarik. Sikit-sikit fasal personal saya. Banyak fasal family, kerja, perjalanan saya bersama @ephyra2u.
“Itulah rutin saya setiap hari, terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan saya,” tulisnya.
Memey yang juga isteri kepada pelakon Norman Hakim ini telah memuat naik lebih 7,000 posting sejak akaun itu dibuka.
#Instagram #keluarga #media sosial #Memey Suhaiza #Norman Hakim #peminat #satu juta pengikut