awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak jadi kahwin hari ini, Sufian Suhaimi lancar klip video 'Di Matamu'

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
23/03/2018
09:03 MYT
Tak jadi kahwin hari ini, Sufian Suhaimi lancar klip video 'Di Matamu'
Menurut Sufian, dia tetap ingin menjadikan tanggal 23 Mac sebagai hari bermakna dalam hidupnya dengan melancarkan muzik video Di Matamu. Foto: Instagram/@sufiansuhaimi_
KISAH percintaan di antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy yang berakhir separuh jalan hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Lebih-lebih lagi apabila single terbaharu Sufian "Di Matamu" dikatakan ada kena mengena dengan kisah pertunangannya bersama Elfira.
Terbaharu, video muzik lagu berkenaan dimuat naik di laman YouTube pada Khamis dan dilancarkan hari ini difahamkan bersempena tarikh yang sepatutnya menjadi hari bahagia Sufian dan Elfira mendirikan rumah tangga.
Menurut Sufian, beliau tetap ingin menjadikan tanggal 23 Mac sebagai hari bermakna dalam hidupnya.
“Kalau ikut perancangan awal, 23 Mac adalah hari yang bermakna dalam hidup saya. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
“Namun saya tetap mahu jadikan tarikh 23 Mac itu istimewa buat saya. Saya jadikan ia tarikh pelancaran single baharu saya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI melalui khidmat pesanan Whatsapp.
BACA: "Kalau terus bersedih pun tak guna" - Sufian Suhaimi
Berdasarkan muzik video tersebut, rata-rata penonton membuat spekulasi bahawa jalan cerita itu ada kaitan dengan cerita cinta dua selebriti ini.
Namun, menurut Sufian, lagu tersebut dicipta sejak setahun lalu dan secara kebetulan kisah disampaikan itu ada kaitan dengan perjalanan hidupnya.
“Lagu itu dah ditulis lama. Mungkin apa yang terjadi baru-baru ini menyebabkan netizen kaitkan dengan lagu 'Di Matamu'.
“Seperti yang saya nyatakan di awal video muzik tu, cerita dan watak adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia,” ujarnya.
Sebelum ini, video lirik lagu Di Matamu telah ditonton lebih 9.7juta kali saat berita ini ditulis walaupun tidak dilancarkan secara umum.
BACA: Elfira patut minta maaf dengan ibu bapa Sufian - Pengurus SS
BACA: Asyraff Mazlan bukan punca saya putus dengan Sufian Suhaimi - Elfira Loy
Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober tahun lalu. Bagaimanapun, ikatan pertunangan dua bintang muda ini terlerai apabila keluarga Elfira sepakat untuk memulangkan cincin kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 19 Februari lalu.
Topic Berkaitan
#23 Mac
#Di Matamu
#Elfira Loy
#kahwin
#putus
#Sufian Suhaimi
#tunang
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan