HIBURAN
"Tak kisahlah tapak karnival jika itu mampu hargai jasa peminat kami" - XPDC Kita Pengyu
XPDC Kita Pengyu tidak melayan sebarang kritikan terhadap persembahan mereka di tapak karnival, sebaliknya menegaskan itu adalah antara cara menghargai peminat.
KUMPULAN heavy metal terkemuka tanah air, XPDC Kita Pengyu tidak mahu melayan sebarang isu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang menempelak mereka melakukan persembahan di tapak karnival, sebaliknya mahu terus fokus menghiburkan peminat, selain membantu peniaga kecil yang mencari rezeki di kawasan tersebut.
Ringkasan AI
Malah menurut pengurusnya, Yazid Selamat, XPDC Kita Pengyu tidak pernah merasa rendah diri atau terhina kerana melakukan persembahan di karnival, malah bangga ia mampu menjadi medan mendekati peminat dari setiap lapisan, yang mungkin juga turut dihadiri oleh golongan kurang berkemampuan.
Jelas Yazid, itu sememangnya cara untuk mereka lebih mudah bersama peminat sejak awal penubuhan XPDC di era hujung 80-an sehingga 90-an.
"Saya tidak mahu menyentuh mana-mana pihak tapi bagi kami jika itulah (mengadakan persembahan di karnival) cara terbaik umtuk membolehkan peminat bersama kami, dan mampu membantu golongan perniaga kecil, maka kami rela dilabel apa sekalipun.
"Sebenarnya kami bersyukur kerana masih ada penganjur karnival yang sudi menjemput kami dan kami amat berterima kasih kepada peminat yang tetap hadir menyokong kami. Kami juga faham tak semua orang mampu untuk pergi ke konsert bertiket yang mungkin mengenakan bayaran yang tinggi.
"Kesudian mereka hadir di tapak-tapak expo atau karnival itu pun kami bangga dan amat kami hargai," jelas Yazid kepada Astro AWANI.
Bagi XPDC Kita Pengyu, jelas Yazid lagi, ia bukan soal hebat atau tidak seseorang artis untuk mengadakan persembahan di tapak karnival secara percuma, tetapi bagaimana seseorang artis itu tahu menghargai setiap sokongan yang diberikan terutama peminat yang sanggup menghadirkan sokongan sejak puluhan tahun.
Bahkan katanya, peminat yang hadir itu datangnya daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan B40 hingga T20.
"Kami mungkin berbeza pandangan dengan pihak tertentu kerana bagi kami tiada hina untuk kami bermain atau mengadakan persembahan di tapak expo atau karnival. Sememangnya dari dahulu kami dikenali sebegitu dan daripada situlah sebenarnya bermulanya rezeki asal buat kami sehingga ke hari ini.
"Bahkan kami bersyukur kerana tapak expo dan karnival itu sentiasa menjadi peringatan kepada kami supaya selalu menghargai jasa peminat, dan menyedarkan diri dari mana asal usul kami supaya tidak riak ketika berada di atas," kata Yazid lagi.
XPDC Kita Pengyu ketika ini jelasnya, sangat-sangat bersyukur kerana boleh dikatakan setiap minggu ada saja penganjur karnival jualan yang menjemput mereka mengadakan persembahan.
Yazid turut ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penganjur dari seluruh negara kerana masih sudi menjemput mereka untuk mengadakan persembahan.
"Bahkan kehadiran kami sebenarnya sangat dialu-alukan oleh peniaga atau peserta di tapak berkenaan kerana jumlah pengunjung atau pembeli meningkat dengan mendadak setiap kali XPDC Kita Pengyu dijadualkan mengadakan persembahan di tapak peniagaan mereka.
"Jika ada yang kata dengan mengadakan persembahan di tapak karnival tak ada standard atau merosakkan jenama, biarlah... itu cara mereka dan ini cara kami," kata Yazid sebelum menutup perbualan.
Ringkasan AI
- XPDC Kita Pengyu menolak kritikan terhadap persembahan mereka di tapak karnival dan memilih untuk terus fokus menghiburkan peminat serta menyokong peniaga kecil.
- Pengurus kumpulan menyatakan mereka bangga dapat mendekati peminat dari pelbagai latar belakang melalui karnival, yang dianggap sebagai sebahagian daripada identiti asal mereka sejak penubuhan.
- Kehadiran XPDC Kita Pengyu di tapak karnival disambut baik oleh penganjur dan peniaga kerana mampu menarik lebih ramai pengunjung, dan mereka menegaskan tidak terjejas dengan pandangan negatif pihak tertentu.