[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
ENTERTAINMENT

"Tak padan kaki bengkak, nak juga nyanyi"- Datuk Seri Siti Nurhaliza

Gempak 25/02/2018 | 14:55 MYT
Siti menyampaikan lagu berjudul Mencintaimu duet bersama kakaknya, Saida di majlis yang berlangsung dengan meriah semalam.
BIARPUN keadaan kaki membengkak akibat sarat hamil, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih untuk menyampaikan sebuah lagu di majlis resepsi adik kesayangannya, Siti Sairah.
Siti menyampaikan lagu berjudul Mencintaimu duet bersama kakaknya, Saida di majlis yang berlangsung dengan meriah semalam.
BACA: Kaki Mula Bengkak, Peminat Jangka Siti Nurhaliza Bersalin Tidak Lama Lagi
BACA: Saerah bergelar isteri kali kedua
Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Siti memuat naik video pendek persembahan tersebut.
“Tak padan dengan kaki bengkak, nak juga nyanyi. Semoga saling menyintai #sairahxsharidan,” tulisnya.

Tak padan ngan kaki bengkak.. nak jugak nyanyi

#Instagram #mengandung #Saida #Siti Nurhaliza #Siti Sairah #video