"Tak pernah tak cantik" - Netizen puji Che Ta melaram sakan sambut Raya Haji

Gempak
Ogos 23, 2018 09:36 MYT
Che Ta berkongsi dan memuat naik bebarapa gambar dirinya di media sosial menerusi akaun Instagram miliknya, @rozitachewan1.
SEPERTI kebiasaan, pelakon cantik Rozita Che Wan atau Che Ta pastinya akan melaram sakan setiap tahun untuk menyambut hari perayaan.
Bagi sambutan Aidiladha tahun ini, baju raya Che Ta sekali lagi menarik perhatian ramai orang.
Sebagai selebriti, Che Ta juga berkongsi dan memuat naik bebarapa gambar dirinya di media sosial menerusi akaun Instagram miliknya, @rozitachewan1.
Rata-rata peminat tumpang suka dan memuji dengan kecantikan Che Ta menggayakan baju raya dari pereka fesyen Syafieq Ayman.
"@amy_miyake : Letopppppppppnya! Jangan kena sondoi dengan lembu korban dah la. Selamat hari raya hampa! Tak pernah tak lawa tau."
"@amershah55yah : Kalau tak cantik..bukan che ta la namanye."
"@anisahanis779 : Wau cantik nya che ta."
"@hjh_haleemah_amy : Lawa baju che ta."
"@jojierozita : Perfect..mcm anak patung."
Namun, ada juga netizen yang bergurau dengan mengatakan baju Che Ta tidak pernah tidak meletop setiap kali dia memperagakannya.
"@adllhrsmi_ : Baju semua letup letup. Suka tengok."
"@farahanim_ramli : Letoppppnya baju che ta."
"@ainieyaziz : Tak pernah tak cantik..Always cantik dan baju meletoppp. Semestinya che ta @rozitachewan1. kami suka sgt baju ni
#Aidiladha #hari perayaan #hari raya #Instagram #Rozita Che Wan #Syafieq Ayman