awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tak salah bercinta dengan pengurus' - Siti Nordiana

Gempak
Gempak
23/03/2016
03:43 MYT
'Tak salah bercinta dengan pengurus' - Siti Nordiana
Penyanyi yang mesra dengan nama panggilan Nana ini lebih suka mengambil tindakan berdiam diri bagi menjawab segala spekulasi yang bertiup. - Gambar Astro GEMPAK
MELIHAT situasi yang terjadi dalam dunia hiburan di negara ini, memang ada di antara selebriti yang menjalin hubungan dengan pengurus sendiri.
Pemenang Gegar Vaganza musim kedua yang kini didakwa bercinta dengan pengurusnya, Siti Nordiana turut bersetuju dengan perkara tersebut.
“Memang tidak salah menjalinkan hubungan cinta dengan pengurus sendiri. Perkara tersebut memang terjadi dalam dunia hiburan.
“Namun begitu, dakwaan yang mengatakan saya bercinta dengan pengurus adalah tidak benar. Hubungan yang terjalin antara saya dan pengurus cuma biasa-biasa sahaja. Tidak timbul perasaan yang lebih dari hubungan antara pengurus dan artis,” katanya kepada Astro Gempak, baru-baru ini.
Penyanyi yang mesra dengan nama panggilan Nana ini lebih suka mengambil tindakan berdiam diri bagi menjawab segala spekulasi yang bertiup.
“Dia menjaga saya semenjak tahun 2011 lagi. Saya lebih suka untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dan mahu senyap sahaja bagi menutup mulut orang yang berkata-kata,” kata Nana.
Dalam perkembangan terbaru, Nana bakal menjayakan sambutan Minggu Setiausaha yang akan berlangsung pada 27 April ini di Atmosphere 360 Revolving Restaurant, Menara Kuala Lumpur.
“Selepas 16 tahun terlibat dalam dunia nyanyian, ini merupakan sambutan Minggu Setiausaha pertama yang saya jayakan. Kalau dulu saya hanya menyimpan impian sahaja, akhirnya rezeki datang juga kepada saya. Saya bakal menghiburkan tetamu yang hadir dengan seleksi lagu-lagu popular tahun 90-an dan juga lagu-lagu saya sendiri,” kata Nana.
Untuk menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Siti Nordiana, peminat boleh menghubungi pihak Atmosphere 360 Revolving Restaurant di talian 03-20202020 atau 03-20202121. Tiket-tiket dijual pada harga RM198 sehingga RM209 seorang. - Kredit Foto: Instagram @sitinordiana
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza
#Minggu Setiausaha
#Nana bercinta dengan pengurus sendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan